Sunday, May 20, 2012

Fact Pasal Lelaki: Perempuan Wajib Tahu!

Assalamualaikum .. Salam semua buat readers2. Baiklah ni maybe post terakhir buat bulan ni mungkin minggu ni. Selepas ini BETA akan sibuk bekerja kembali. Yeahh finally kerja semula . Bolehlah cari duit before study.

Baiklah. Masa tengah duduk-duduk makan Chipsmore dengan family tiba-tiba terfikir mengenai apa yang aku tak faham mengenai lelaki. (OOPS! ni bukan bermakna BETA ada boyfriend) tidak OK! Ye lah sebagai seorang perempuan of course lah kita kena tahu fact mengenai lelaki. Ayah kita laki. Abang kita laki. Pakwe laki. Tak tahulah kalau bukan laki kan. = =' Kalau bukan tu dua alam.


Lets begin!!!!!

Situasi 1st
"Isy, kenapa boyfriend I tinggal I! Ada ke patut dia kahwin dengan perempuan kampung yang 24 hour pakai baju kurung tu. Isy jatuh la standard dia. Dia kan anak Tan Sri!"

The fact is, seorang lelaki tak memrlukan pun perempuan cantik. Vogue gedevast macam mana pun dia tetap mencari seorang wanita yang apabila di pandang sejuk hatinya. (yang hanya berhias buat dirinya seorang suami)

Situasi 2nd
"AAh aku tak faham la dengan kau!"

Jika seorang lelaki berkata seperti itu, itu bermakna pemikiran kita dan dia memang berbeza. Tapi bukan bermaksud korang tak boleh bersatu. Boleh! tapi korang kena cuba fahami sifat, dan perangai masing-masing.

Situasi 3rd
"Awak dah makan?"

Haa.. mesti bosan kan ye la kenapa soalan yang sama je nak tanya. Lelaki ni diorang tak tahu sangat berbunga-bunga. Apa yang ada kat fikiran diorang, itulah yang dia kata. Bila diorang cakap macam tu bermakna mereka care pasal kita.

Situasi 4th:
"Tak saya tak kesah pun badan awak gemuk macam Doraemon sekalipun. Awaklah yang paling comel..."

Seorang lelaki ni bila dia dah suka betul-betul kat sorang perempuan dia takkan kisah lah perempuan tu gemuk ke, gelap ke, muka tak secantik Angelina Jolie pun.. kalau dia dah suka dia akan terima seadanya seorang perempuan itu. Tak percaya? Ini fact!

Situasi 5th
"You! boleh tak you jangan cerita pasal ex- you kat I. Panas bernanah telinga ni..."

Ni lagi satu. Lelaki tak suka seorang perempuan tu cerita mengenai ex-boyfriend kepada dia. Mereka cemburu. tapi bagi mereka, kalau mereka yang bercerita pasal ex-girlfriend diorang tak apa.


Situasi 6th:
"Awak cerita aja lah pasal apa yang awak nak cerita tu!"

No! No! No! Jangan terlalu memaksa seorang lelaki untuk menceritakan sesuatu yang belum dia ready nak bagitahu anda. Ye lah sometimes diorang ni nak bagitahu. tapi.. lelaki ni biasanya tak tahu macam mana nak susun ayat jadi paragraph yang sedap untuk di dengar.

Situasi 7th
"sob2 :( "

Kadangkala lelaki juga akan menangis di saat mereka kecewa. Mereka pun manusia biasa. So, jangan lah pulak anda cakap, "eleh, laki pun nangis ke??" Jangan tau...

Situasi 8th:
"Awak bagilah saya peluang kedua..."

Seorang lelaki itu akan cuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya. (clash la kan) Mereka susah sikit nak lupakan. Sampai lah satu saat dia dah give up, baru lah dia akan cuba melupakan perempuan tu.

Situasi 9th:
"MMMph ...lupakan je lah."

Jangan sesekali menggantung ayat anda di hadapan lelaki seperti itu. Seorang lelaki akan berasa curiga dan makin ingin tahu dengan ayat seperti di atas.

Situasi 10th:
"Tak saya tak suka awak".

Jikalau anda mengatakan kata-kata seperti di atas , seorang lelaki akan berkata di dalam hatinya "Aku akan dapatkan juga" . Lelaki memang susah untuk berputus asa untuk memilikisesuatu yang mereka ingini.

Ok. Sampai kat sini saja BETA. Nak tido esok kerja =) sweet dream readers.

2 comments:

  1. info yang berguna :) thanx anyway .. keep updating.. blog ni best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx ... sekadar berkongsi maklumat.. thanx for the compliment.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...