Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya. Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.
Apa yang menjadi konflik, Nadira yang sudah memiliki teman lelaki, Bazli turut mewarisi perasaan sayang pada teman lelaki penderma jantungnya itu iaitu Ammar.
Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah?
“Sebenarnya, cerita Dejavu di Kinabalu adalah idea asal daripada produser drama sendiri iaitu Datin Zaiton. Manakala, Erma pula bertindak sebagai penulis skripnya. Jalan cerita drama ini juga memaparkan mengenai proses pemindahan jantung juga agak berlainan daripada drama yang pernah ditonton di kaca televisyen sebelum ini.
“ Anda pasti terpikat dengan latar belakang pemandangan drama ini yang cantik sekali gus jalan cerita serta plot-plot yang ada dalam Dejavu akan menjadikan ia satu naskhah yang harus ditonton peminat drama bersiri di luar sana. "
“Selain itu, penonton akan menyaksikan bagaimana seseorang penderma akan berasa terikut-ikut dengan cara pemilik asal jantung itu tanpa dia sedar dan berkongsi rasa yang sama. Karakternya juga akan berubah sedikit mengikut karakter penderma jantung berkenaan,” katanya.
“Saya percaya drama ini tidak akan mengecewakan penonton bila bersiaran nanti.
Pada masa sama, hati siapalah yang tidak akan tersentuh melihat pengorbanan Bazli pada Nadira, cinta Ammar pada Innara yang tak berpenghujung itu,” katanya.
“Bagi memberi gambaran sebenar di puncak gunung dan menghidupkan lagi cerita ini, kru penerbitan, barisan pelakon utama dan pengarah juga terpaksa turun padang dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu. Bayangkan, mereka mendaki gunung tanpa sebarang latihan intensif sebagai persediaan.
Berkongsi cabaran terbesar menerbitkan drama itu, akui Alia, pastilah ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjayakan penggambaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu itu.
“Saya bersyukur, selepas melalui pelbagai rintangan, mereka berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini sehinggalah penggambaran babak selesai seperti direncanakan. "
Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.
“Penggambaran drama ini bermula Mac lalu dan akan berakhir Ahad ini (17 Jun) membabitkan lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Cherating, Kundasang dan Gunung Kinabalu, Sabah,” katanya.
Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.
Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.
Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.
Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.
Drama bersiri untuk slot Akasia TV3 ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula dari 18 Jun.
Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?
Drama Dejavu Di Kinabalu mengisi Slot Akasia TV3 menggantikan drama Seindah Sakura . Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan sutradara yang disegani, Eirma Fatima merangkap penulis skrip.
Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.
Belum pernah dpt tengok lagi.... Ramai kata best...
ReplyDeletehumm memang best pun sangat best :) msredcheesecake mesti confused nanti either nak pilih Ammar (Aqasha) or Bazli ...
DeleteIt's actually a cool and helpful piece of info. I am satisfied that you shared this helpful info with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.
ReplyDeleteFeel free to visit my web blog - cuisinart ice30 ice cream maker
That is a great tip esρecially tо thoѕe neω to
ReplyDeletethe blogoѕphere. Brіef but very precise informatiοn… Thankѕ for sharing
this one. A must гead post!
Heгe iѕ my weblog: cheap eaгρhonеs
with good bаss **
thank you anynomous =)
ReplyDelete