Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan kau nanti Miera!”
Begitulah kata rakan sekelas lelaki kepadaku. Maka.. Cik Miera yang comel molek ni.. (perasan la) "humm since aku duduk asrama since form 1, aku ada limited time kot nak tolong mak aku memasak!" (ALASAN! HAHAHA)
“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” "Tengah belajarlah ni! Aku rasa baik aku teguhkan diri dengan agama .. nanti-nantilah belajar masak~" Geleng kepala je kawan miera mendengarnya.. Bagi dia seorang perempuan tu memang wajib pandai memasak.
Bagi Miera pula, syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Bukan senang untuk mencari seorang lelaki yang akan mengimamkan solat kita TERUTAMANYA! solat Subuh. Walau ada yang kata ----> "jika itu syaratnya bermakna ramailah wanita yang hidup bujang seumur hidup."
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Kadangkala ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu dan lebih penting dari mencari ilmu untuk menjadi imam.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu TERBAEK!. Jika terbaek bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola geng diorang pulak tu. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah!!!
“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
CONFIRM! ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
p/s: Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang!
No comments:
Post a Comment