Ros yang diterima itu adakah ianya melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa. Kadang-kadang Miera tertanya apakah rahsia di sebalik warna ros yang Miera terima. Hehe bukan apa takut tersalah anggap pada apa yang Miera terima, malu padahnya. Sebenarnya bunga ros mengandungi pelbagai makna di sebalik warnanya yang tersirat. Disini merupakan makna tersirat di sebalik bunga ros:
Bunga Ros Merah ---> Warna yang paling laku kat kedai bunga . Ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh ghairah dan romantis! LOVE FOREVER gitu.. Si dia ingin bersamamu selamanya dan mencintaimu setulus hati.
Bunga Ros Kuning - - - > Ros kuning ini merupakan bunga ros yang paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Kalau dapat ros kuning ni faham-fahamlah yer. Maknanya tak lebih dari itu. So, anda balaslah balik kepada orang yang memberi ros kuning tu dengan ros hitam, mesti dia menggelabah after that.ros ini juga menandakan perasaan cemburu terhadap awak.
Bunga Ros Putih - - - > rasa cinta yang ada padanya adalah cinta sejati sesuci ros putih itu.Bunga yang biasanya dilihat waktu wedding ini juga melambangkan si dia berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak bagi Miera bunga.. sila bagi yang ini ya.
Bunga Ros Merah Jambu - - - > Bunga ros pink ni melambangkan korang gay.. ahaha main-main aje. Ros pink membawa maksud kebahagiaan, kagum terhadap seseorang dan romantik. Awak adalah cinta pertama si dia dan perkara itu menjadi rahsia sejak sekian lamanya. Maksudnya.. awak insan yang menjadi idamannya selama ini :)
p/s: Korang paling suka warna apa??? hum jangan bagi bunga ros selalu. kalau tidak hilanglah keistimewaan tersirat yang ada pada bunga ros itu tadi .
Akak suka klau hdir majlis kawin yg guna ros segar, warna apa pun yg guna mmg cantik, segar mata memandang dan wangi..
ReplyDeletehumm betul bunga ros atau bunga segar yang guna dalam wedding menghidupkan suasana tu :)) miera suka warna putih
ReplyDelete