Wednesday, June 19, 2013

LOVE & HOPE POSHE

hey U cantik and handsome! jom tolong. sikit ke banyak jom tolong!
Assalamualaikum and hi. Since semalam Miera dah cerita mengenai program derma AQSA SYARIF now Miera nak share mengenai derma POSHE!

 

I hope you guys feel free to read and will contribute something after read this =)

 

Pada 30 Jun 2013 (AHAD) sukacita dimaklumkan kepada anda semua bahawa satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Love and Hope” akan diadakan di rumah perlindungan POSHE (Positive Shelter Home).

 

Apa tu POSHE? POSHE adalah sebuah rumah perantaraan (half-way-home) dan rumah perlindungan untuk kanak-kanak yatim pembawa HIV. Rumah tersebut kini mempunyai 10 orang kanak-kanak yatim dalam lingkungan umur antara 11 tahun hingga 18 tahun yang menjadi mangsa HIV Positif yang diwarisi dan mereka bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan.

jika bukan wang mungkin pakaian , kasut dan buku anda boleh dermakan =)
 

Sumbangan anda bakal memberi harapan kepada kanak-kanak tersebut bahawa mereka tidaklah dipinggir dan tersisih oleh masyarakat kerana kekurangan dan kemiskinan hidup. Sehubungan itu, jasa baik dan kerjasama daripada semua amat diharapkan bagi bersama-sama menyumbang mengikut keupayaan yang ada untuk membantu anak-anak yatim ini supaya mereka juga dapat menikmati kehidupan yang sempurna seperti kanak-kanak yang lain.

 

Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah pembelian beberapa peralatan baru seperti katil, almari baju, tilam, cadar, bantal, peti ais, mesin basuh, dan almari buku serta mewujudkan sebuah Perpustakaan Mini bagi tujuan kemudahan pembelajaran berterusan bagi anak-anak yatim tersebut,.
sekiranya kita ingin bahagia begitu juga mereka. jangan sisihkan tapi bantulah mereka
 

 p/s: segala sumbangan bolehlah anda salurkan kepada nombor akaun yang tertera di dalam first picture :) segala persoalan drop at comment box! bersamalah kita membantu untuk masa hadapan mereka.
 
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah: 83)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...