Assalamualaikum readers =)
Dari
Miera kecik sampai lah ke besar my Mom always ingatkan yang kita ni kalau nak
sihat mudah je.. minumlah 8 gelas air sehari. Everywhere, anywhere, anytime, my
mom akan mengingatkan Miera untuk membawa botol air. Alhamdulillah, ianya
menjadi satu habit dan rutin untuk membawa air mineral ke mana-mana. YES! Even
masuk cinema sekalipun Miera tetap dengan best friend Miera iaitu Mineral
bottle. Dulu masa sekolah menengah, Miera suka cari botol air yang fancy-fancy.
Style lah kononnya. Perempuan ualls, botol air kenalah bergaya jugak. Tapi,
time sekolah rendah, Miera lebih minat beli air manis-manis yang jual dengan
harga RM0.50 secawan kat kantin, sebab time kecik-kecik still addict lagi
dengan air manis. Tapi bila dah besar, dah belajar Biology and Science Miera
semakin tahu apa erti kesihatan. And sememangnya since dulu hingga sekarang
Miera banyak berkawan dengan Chinese girl. Miera perasan diorang kalau bawak
air masak bukan yang botol kecik tapi botol besar. Botol 100 plus 1.5 liter tu
my friend boleh habis setiap kali bawak ke sekolah. Miera terfikir agaknya ni
kot rahsia diorang pandai math. Ah, ikutlah! Miera ikut jugak, ternyata fakta
Miera salah. Nama pun Chinese Ualls. Math dihujung jari sajohh =) Miss my amoi.
Kalau
bosan kat rumah ni Miera terus bukak peti ais teguk air mineral dan itu dah
jadi macam satu kemestian (Bukan bermakna Miera tak puasa tau) . Dan bagi Miera
air Mineral adalah satu kewajipan di dalam list kehidupan! Miera nervous Miera
akan minum air mineral yang banyak. Bila Miera naik marah pun Miera akan minum
air mineral untuk chillkan diri ni. Kiranya, tak kiralah apa emosi yang berada
dalam diri ini, dimana jua, tak kira masa, air mineral lah penemannya. Thanx
Spritzer and Cactus. (Bajet ayat Iklan) Bila seharian Miera tak minum air
mineral, rasa dehydrated yang teramat, migraine dan pening datang, kehausan rasa macam nak mati! Over!
Benda
ni Nampak macam remeh dan tak penting tapi sebenarnya ianya sangat penting
untuk anda ketahui! Air amat diperlukan untuk keseimbangan badan kita. Aish apa
pasal pulak lah engineer ni cakap lagaknya macam doctor lah pulak. AHHA even
Miera engineer tapi dulu Miera pernah
mendapat tawaran medic after matric dan Miera bercita-cita
menjadi seorang doctor. *tapi tu kisah lama. Now ni dah belajar engineering dah
pun. OK OK readers nak tahu tak kenapa lah Miera memilih air mineral sebagai
best friend Miera ke mana-mana? Ini sebabnya Miera concern mengenai kesihatan
diri Miera sendiri.
·
Sebagai
seorang yang memntingkan kesihatan kulit: minum air masak atau air mineral
actually elok untuk kesihatan kulit. Bila kita kurang minum air kulit kita akan
kering, itulah sebabnya kita memerlukan krim atau lotion untuk melembap kulit
kita. Walaubagaimanapun, krim dan lotion masih belum lagi dapat melembapkan kulit
anda sepenuhnya. Tapi percayalah dengan meminum air mineral atau plain water
kulit anda akan sihat dan cantik.
·
Kebanyakan
diet yang sihat mengesyorkan kita untuk minum air mineral yang banyak. Dan
actually ianya membantu kita menurunkan berat badan. Tapi tak dalah Miera minum
disebabkan terlalu nak kurus. Tapi Miera mengamalkan minum air masak disebabkan
Miera suka menjaga kesihatan. Bila kita minum air yang banyak kita takkan makan
banyak. Minum air yang banyak juga membantu badan kita membakar lelemak di
badan. So, buat mereka yang malas exercise tu minumlah air yang banyak. Dan
dengan minum air yang banyak, ianya membantu kita daripada constipation and
semua toxic dalam badan juga boleh dikeluarkan.
·
Dengan
minum air yang banyak fungsi kognitif kita juga meningkat. Otak kita memerlukan
banyak oxygen untuk berfungsi pada tahap
optimum. Dengan minum banyak plain water ianya dapat memastikan otak kita dapat
oxygen yang secukupnya. Dengan minum plain water sebanyak 8-10 gelas sehari
actually fungsi kognitif badan kita meningkat sebanyak 30% . Bukan itu je, bila
kita minum air yang banyak ianya juga membantu sistem nerve kita. Ianya akan
memastikan electrolyte level dalam badan cukup untuk menghantar meej ke otak.
And bila otak kita cergas so.. bolehlah anda perform well dalam study!
·
Miera
memang tak suka sangat air gas. Minumlah sekali-sekala. Sebab kandungan gula
dalam air gas teramatlah tingginya. Takutlah terkena diabetes! Sebab moyang
Miera dulu ada penyakit Diabetes. Tak mau cheqq kena Diabetes. So, an apples a
day, can keep the Dr. away.
·
Air
Mineral sangat cool! Orang yang minumnya pun cool sebab health conscious!
p/s: Untuk kehidupan yang lebih bermasa hadapan ayuhlah kita minum air
mineral. That’s all from Miera. Nak healthier life, semuanya bermula dari
pemakanan yang sihat. Kalau nak sihat, cantik, dan gorgeous so, start dari hari
ni jadikan air mineral sahabat karib kita semua. Till we meet again XOXO =)
No comments:
Post a Comment