Sunday, July 7, 2013

OUCH! Dah Terhantuk Baru Tahu Rasa Sakitnya!

U and I Not perfect
 
Assalamualaikum and hye!

 

Pernah dengar tak quotes ‘Nobody Perfect!’ . Clichelah tu semua orang tahu. In reality life, at first bila kita tengok je orang tu dari jauh kita akan rasakan yang dia memang sangat perfect! BUT bila semakin lama kita berkawan dengan seseorang tu apa yang dikatakan perfect memanglah pendapat tu harus direject.

 

 

I’m trying to be that perfect BUT seriously people I’m not perfect either. My life is not simple as you think . Between debat, blogging dan menjadi electrical engineer student yang teramat banyaklah testnya per semester bukanlah suatu yang mudah. Tetapi, anda takkan merasakan betapa hecticnya hidup Miera selagi anda tak duduk sebagai diri ini. Then, bila Miera reflect balik semua tu macam mana Miera buat 3 kerja dalam 1 masa? Now ni, mari sama-sam bermuhasabahsarawak dengan Miera .

 

MIERA: Seorang perempuan yang suka membazir masa. Baginya membazir masa adalah perkara yang teramat heaven dalam dunia. Over jahh! Mempunyai symptom online tak boleh berhenti semua benda di stalk oleh Beliau. Terutama pasal gossip artis dan membaca blog orang.

 

Sebagai manusia biasa perkara membazir masa ni memang normal untuk diperkatakan! Tetapi kerana perangai suka membazir masa inilah menjadi kekangan apabila laptop ditutup dan buka dibuka.. Miera jadi tak senang duduk, resah gelisah macam cacing kena panggang (Ada ke peribahasa tu? ) dan setelah setengah jam menahan nafsu nak bukak laptop tu akhirnya buku ditutup laptop dibuka ! Stalk lagi gossip artis dan blog yang Miera follow. Bila teringatkan muka mak ayah je terus stop online dan terus bukak buku. Begitulah hari-hari seterusnya. SOBS! Then, bila jumpa questions yang susah rasa tak pernah pun belajar dalam kuliah terus je mengGoogle. Padahal boleh je cari kat buku. Malas je dilebihkan. Kononnya nak cepatkan masa meresearch guna google je lah cepat , last-last melagho je depan laptop berjam-jam. Update belog, berFB Twitter, Formspring, balas email kat Yahoo and Google. Mak aihh banyaknya! At last, apa yang nak di research melayang, lagho je dapat! Bila tengok jam                       “Opah Dia dah pukul 1.30 pagi kot! Matilah aku homework tak siap”

Bangun esok subuh lah siapkan!

Last-last end up dengan assignment dan homework yang cincai-cincai je sebab tak sempat nak detailkan sangat assignment tu.

 

Bila kat rumah ni Miera melatih diri untuk refrain myself dari online banyak. Off course bila kita online 2 hours akan kita habiskan depan laptop. Setuju atau tak? Yang Miera perasan some people dia akan study dengan laptopnya WAJIB di depan mata. Sepanjang belajar entah matanya ke buku atau dok ngerling ‘notification kat FB je’ . Ada yang setiap bab yang dia baca mesti dia nak tweet! Tak tahulah dia ni bertweet ke membaca. Miera pernah melalui semua ni *tapi yang update tiap bab kat Twitter bukan Miera lah . It really affects my study badly! Bila kita study dalam keadaan macam ni actually sukar untuk kita memahami sesuatu chapter yang kita baca. Apa yang kita dapat hanyalah masa untuk membaca! As Miera memang spesies orang yang kena faham bila membaca so ianya sangat terasa lah effectnya. Rasa macam orang bodoh yang sedang membaca, membuang masa membuka buku sedangkan in the same time Miera online.

 

So, from now on Miera dah ak percaya study sambil berFB. And I don’t believe multi tasking study!

 

“Eh, aku studylah even aku online”

 

Ayat diatas tu hanya alasan semata. Tepuk dada Tanya minda anda. Tanya berapa banyak anda faham bila anda multitasking study (study sambil beronline) . It depends on yourself! ada orang yang memang kena ada hiburan untuk study baru dia masuk dalam otak. Itu semua terpulang pada diri sendiri. TETAPI kita jangan ikut cara orang! Dia dan Kita berbeza OK!

 

Last semester Mieralah orang yang paling melagha dalam bilik. Please don’t do this Amiera next semester. Bila nak exam Miera seriously letih. Ya lah tiba-tiba rasa semua benda tak pernah belajar mananya tak letih padahal dah pernah keluar test. Dan disaat-saat akhir nilah buku dan library menjadi teman yang paling akrab sehingga merasakan setiap saat yang ada begitu emas untuk Miera. Bila dah macam ni agak susahlah nak cover PERFECTLY semua chapter. Study Non-STOP dan berhenti untuk turun ke kafe makan, mandi, solat, mengaji dan tidur. Tu pun tidur tak lena sangat sebab terlalu penat otak. Satu chapter tu Miera cover sangat lama. Sampai ada satu chapter tu belum cukup Miera bukak satu buku. Penuh meja study dengan buku-buku reference yang tebal tu.

 

Masa tu kalau boleh pengsan memang dah pengsan dah. Hanya Allah je yang tahu betapa penatnya diri ini. Yang tak banyak cover memang banyak. Menggila mencari orang tolong ajarkan. Tu belum lagi kes yang Miera baca tak faham-faham , Miera tahu formula tu tapi tak tahu nak apply kat mana, Miera baca tapi terlupa kat dewan exam! Pergi buat discussion saat akhir di library. Tetiba menyesal kenapalah aku tak start gear study dari awal, kenapalah aku start akhir-akhir macam ni. Bodohnya ! Padahal benda tu senang je.

 

Terfikir jugak kenapalah Miera menyeksa diri sendiri dan tak belajar ikut flow. Alhamdulillah lah exam hari tu still lagi mendapat 3.++ cukup makan je! Dah sebijik orang hilang arah dah time study week. Padahal orang lain tinggal belek-belek and relax je. So, Miera nak advice kawan-kawan and pembaca blog Miera kalau ada perangai seburuk Miera ni korang berubahlah cepat-cepat. Ni tak time study week tu semua buku lah Miera rasa penting untuk dibaca padahal tak pun. Sebagai anak bangsa penerus tampuk kepimpinan dan kemajuan Negara seharusnya kita menjadi insan yang berguna dan berjaya. Handle your schedule wisely, gunakan masa sebaiknya and know where is your main priority. So, you get what I mean? Miera bukanlah macam motivator terkenal Amin Idris BUT at least Miera tak nak orang sekeliling jadi macam mana Miera semlepas. 
amin idris
 

p/s: AHHA! Bukan tak boleh online tapi Miera nak korang study, and siapkan assignment dulu then after siap semua tu korang relax kejap dan bacalah blog Miera Maira Iz Mumbling Troubling yang cool tu! Mesti korang akan rasa senang hati yelah assignment korang dah siap dan korang tak payah risau-risau nak online ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...