Saturday, July 13, 2013

Top 5: Bila Lelaki Jatuh Cinta

 
Jumpa my cousin then dia Tanya Miera “Kau dah ada BF belum?”

Then Miera kata ada! BFF!

Kau ni aku Tanya lain kau jawab lain

“Habis tu kau macam tak tahu aku tunggu Prince Charming yang memang Charming gila yang boleh Imam solat aku. Aku nak cinta lepas kahwin!  Eh aku nak Tanya ni macam mana bila lelaki jatuh cinta hah? “

“Gi Google sana. Baca blog ke apa. malu lah aku nak cerita dengan budak tak matang macam kau ni! Lagi satu nak harap Prince Charming idaman kau tu ada ke.. EII Berangan Lebih lah budak ni”

SOBSSS! Yelah dan kat bawah nilah hasilnya =) Miera pasti ada je Prince Charming yang mampu jadi Imam Solat~  Bila Lelaki Jatuh Cinta

1) Dia akan panik jika anda terluka.

Jika anda terluka secara fikzikal atau mental, dialah yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk menghiburkan anda! Humm oh ya? Apa sahaja untuk mengubat luka? OK Buatkan Beta jambatan emas. *Feeling ala Gunung Ledang. Over je!

2) Dia tahu banyak hal mengenai anda.

Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut. Jika ada lelaki yang mahir mengenai apa yang anda suka dan apa yang anda benci , dia sebenarnya suka pada anda.

Ececeh sweet ler tu ya~ sebenarnya kau stalk FB and Twitter aku kan, tak pun curi-curi baca diari aku. Mengaku! *kena guna aku. Kalau cakap saya dalam bahasa cinta ni Nampak macam tak sesuai lah pulak!

3) Dia sentiasa utamakan anda.

Contohnya, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak-agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh-sungguh dan dia juga akan pastikan perkara tersebut di selesaikan dengan segera.

Macam ni dahsyat ke kalau lelaki tu suka perempuan? OH! Miera tak tahu ye la sebab Miera ni kan jantina yang lain. AHAKS!

4) Sentiasa cari ruang untuk bercakap dengan anda.

Apabila lelaki minat akan seseorang, dia akan berusaha sedaya upaya untuk bercakap dengannya. Lelaki yang ingin berkawan rapat dengan anda, dia akan sentiasa cari ruang untuk bercakap dengan anda. Dia akan gunakan berbagai cara untuk rapatkan diri dengan anda termasuklah cara yang bakal memalukan dirinya.

Habis apa kes pula ye lelaki yang banyak cakap. Hah tu pasti perempuan susah nak meramal! Kalau lelaki yang pendiam .. kalau Miera lah.. ajak dia berdebat kot =) kan kan kan biar dia jadi tak tahu diam

5) Menjaga kelakuannya.

Apabila ada lelaki yang sentiasa menjaga kelakuannya di hadapan anda, dia sebenarnya minat pada anda. Dia hendak anda lihat sisi baik dia dan sangat berharap ekspressi anda terhadap dia adalah baik-baik belaka.

Dan bagi Miera pula tak payah la abe weii nak cover. Tunjukkan je lah perangai sebenar . nanti takdalah putus ditengah jalan bila Nampak perangai sebenar Mu tu.. Tak masal ada yang heart attack after married. Ye lah before kahwin baik malu-malu kambing je. After kahwin ASTAGHFIRULLAH hanya Tuhan je yang tahu. BAHAHA.

 
p/s: till we meet again

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...