Sunday, August 18, 2013

Peristiwa Berdarah MESIR apa anda perlu tahu!

Assalamualaikum and HI!

Sepertimana yang umum ketahui, Mesir kini sedang bergolak!

Pembunuhan  beramai-ramai telah dilakukan di perhimpunan aman di Rabiah Adawiyah Mesir yang berlarutan hingga kini. Persengketaan di Syria dan Mesir memang di dalangi oleh Zionis kerana kedua-dua negara ini adalah bersempadan dengan Palestin.


YaAllah..mengalir air mata melihat gambar ini..

 

10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah

1. Mesir diisytiharkan DARURAT!

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera untuk MENEMBAK & MENYERANG MENGGUNAKAN BOM GAS BERACUN semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU orang telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu orang yang tercedera, termasuk dari kalangn kanak-kanak, ibu-ibu, & wanita-wanita.

4. Semua yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersenjata.

5. Ambulans & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kawasan perhimpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kepada mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yang dirahsiakan.

8. Tentera telah MEMUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akan terus MEMBUNUH mana-mana rakyat yang menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing-masing menuju medan perang untuk menyokong DR. Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Semoga Allah melindungi mereka semua.


Disini saya ingin kongsikan kata-kata nukilan saudara
Zamir Aizat yang menyentuh hati saya
Antara Malaysia dan Mesir : Isu Sana Isu Sini.

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui
kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.

Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.


Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana;
Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.

p/s: Egypt, Syria, Palestine tomorrow will be free!

2 comments:

  1. sedih bila baca berita ttg Mesir & Syria ni.. menitis air mata melihat penderitaan rakyat yg tak berdosa...:(
    salam kenal.. akak follow sini jg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak apa yang kita mampu hanyalah mendoakan mereka. THX follow kak =) salam perkenalan ya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...