Friday, December 19, 2014

Kisah E=MC2 chapter 5 senior year


Selalu kita berfikir,

Dunia ini , penuh dengan pendusta!

Kita jadi ragu.

Tapi hakikatnya,

Dunia ini, masih lagi mempunyai manusia yang jujur.

Jadi jangan pernah ragu

Percaya

Dan bertanyalah bila buntu

 

Oh hi assalamualaikum.

 End of my fifth semester as an electronic communication engineering students. Hey I’m a senior ok. Semester yang sangat mencabar. AHHAKS! Why mehh? My final paper berderet starting from 28,29,30,31,1st and 4th of January. I took 8 subjects for this semester.

 I put big effort for this semester. Alhamdulillah, kalau kita bagi effort yang besar Allah bagi kejayaan yang besar juga. Thank you Allah for the rewards. But ada juga effort dan kesungguhan yang besar yang miera berikan untuk satu subject tu, miera tak dapat apa yang Miera nak. Semester ini adalah semester memburu 4 rata. Oh ya tak mungkin 4 rata. BUT at least once in a lifetime in my university life I  nak la naik dean list. Kalau tak saya dapat deen list pun ok lah tu.
 
 

to avoid final exam stress is to start studying much earlier than I typically do. studying should be a jog ! not a frantic sprint. EMG subject yang paling saya tak faham semester ni. tak faham , bukan alas an untuk saya berdiam.
 

 

 
-Kisah berbeza kelas with coursemate-

Semester ni hanya dua atau tiga kelas sahaja miera sama dengan coursemate. KENAPA? penerimaan kefahaman output yang lecturer beri pada saya dengan coursemate berbeza. I believe that setiap orang berbeza cara pembelajarannya. Begitu juga dengan saya. Seawal memasuki semester saya sudah melakukan survey dari senior senior mengenai latar belakang lecturer yang bakal mengajar diri saya. (SURVEY LATAR BELAKANG lecturer itu penting!) ada reasons kenapa saya pilih lecturer yang berbeza dengan jadual yang ditetapkan. I believe that kita nak berjaya tak boleh la kan nak ikut-ikut orang. Kita yang kena lakarkan apa yang kita nak. Jangan ikut-ikut orang. Alhamdulillah, jalan yang saya pilih tidak silap. KENAPA? Kerana saya dapat apa yang saya mahukan.

 

Syukur ! sungguh saya bersyukur mendapat lecturer yang amat hebat usahanya melebihi usaha students saya rasa. Sampai satu tahap kalau saya dapat markah yang sedikit di dalam ujian, saya rasa saya dah mengecewakan lecturer tu, dan saya juga telah mengecewakan diri sendiri. Mereka sediakan past year questions, ajak kami sekelas sama-sama buat tutorial, bincang tutorial upload correct answer, buat recap after finish one topic. I mean WOWW! They were so amazing. Effort mereka yang besar membuatkan saya semakin bertambah kuat memburu empat rata. In shaa Allah amin. Doakan saya ya.  (bukan bermakna saya nak kata lecturer yang saya ubah dari jadual tu tidak usahanya sebegini. tidak sama sekali maksudnya begitu. sekali lagi saya tegaskan saya tahu apa yang saya perlukan. Pemahaman saya juga berbeza dengan orang lain) =) 

 

Dan Alhamdulillah atas kefahaman dalam kelas yang saya miliki saya mampu memberikan kefahaman kepada rakan-rakan dan orang sekeliling saya. Mungkin atas niat ke kelas yang ikhlas juga berkat lecturer. Buat rakan yang ada.. segala ilmu yang saya ada ni… In shaa Allah jika ada apa yang saya mampu beri saya boleh berikan sepanjang study week. Semoga ilmu yang saya ada mampu memberi manfaat.



Pengetua Kolej Kediaman saya banyak membantu. Segala pesanan beliau sangat membantu. Saya save dan akan menjadikan gambar pesanan pengetua kolej kediaman sebagai satu PERINGATAN

 

-kisah independent-

Berjauhan dengan rakan coursemate membuatkan saya more independent. Ya kerana saya juga perlu independent dan tidak berharapkan sesiapa. Terlalu banyak bantuan yang rakan kelas berikan. Sesekali saya juga perlu keluar dari kepompong selesa. KENAPA? Saya perlu mempersiapkan diri saya untuk PSM (projek Sarjana Muda) yang akan saya lakukan sendiri.

 

Semester ini jugak mengajar saya untuk CUBA SAMPAI DAPAT! Misalnya dalam mendalami coding Matlab. Matlab adalah perkara asas bagi seorang students electronic communications seperti saya. Saya belajar melalui tutorial di youtube, saya juga melakukan rujukan di library mahupun senior Master. Sebab apa? Kerana tujuan utama saya mengambil kelas yang ‘asing’ adalah untuk independent. Alhamdulillah saya Berjaya.

 

Dan semester ini juga saya mencabar diri saya untuk mengetuai projek. Bukan perkara mudah untuk mengetuai sesuatu projek. Saya juga perlu ‘ajar’ diri saya tentang tanggungjawab. Memiliki team member adik adik first year yang bagi saya mereka ini HEBAT! Tidak pernah jemu untuk bertanya dan belajar =) still keep in touch adik-adik. Apa yang kak Miera boleh ajar kak Miera akan ajar. Kerja teliti adik adik dalam membuat poster yang cantik seharusnya saya puji. Sungguh mereka ini akan cemerlang di masa hadapan. Alhamdulillah, hasil usaha keras adik-adik yang HEBAT ni kami Berjaya mendapatkan 94% markah untuk assignments. (ini bukanlah kisah untuk menunjuk-nunjuk diri namun suatu kisah bermanfaat untuk dikongsi)

 

Oh ya kerana saya mengetuai projek inilah mengajar saya untuk lalui segala obstacle. Kerana janji kepada team project walaupun pada ketika waktu itu, tiada bus di kolej kediaman, saya tak tahu lah dari mana kekuatan yang saya perolehi sehingga saya sanggup berjalan kaki pergi dan balik university dari kolej kediaman. “BERJALAN KAKI”

Rasa macam nak menangis tak percaya dengan kekuatan diri. Saya seorang yang manja. Tak boleh panas. Tak boleh kena hujan. Tak boleh jalan jauh. Kalau tiada kenderaan saya taknak ke kampus.

KAN udah saya bilang saya ni MANJA!

Walaupun ketika waktu itu hanya tiga orang sahaja team project yang ada , bagi saya as team leader bilangan participants yang hadir bukanlah masalah untuk saya teruskan projek. Saya takes all responsibility untuk pergi ke kedai poster juga print poster yang team project dah siapkan. Walaupun tiada kenderaan, saya nekad untuk berjalan kaki ke kedai poster yang jauh dari kolej kediaman.

Lagi sekali saya tak tahu kekuatan berjalan kaki itu datang DARI MANA!

ALHAMDULILLAH

Allah tu sentiasa hadir bila saya memerlukan dan percayalah Allah tu membantu hambanya yang BERSUNGGUH berusaha (bukan bermakna saya show off tau. Jangan fikir macam tu..) didatangkan seorang akak yang willingly nak hantar saya ke kedai poster tu. Saya nak menangis =’) terima kasih ya Allah.

Oh ya saya juga pernah berjalan kaki ke bus stop untuk study di kampus. Nak tahu tak? Saya naik bus dengan FREE tak payah bayar!! terkejut sungguh terkejut. Semoga Allah memberkati kebaikan pemandu bus itu. Perjalanan nak pergi menuntut ilmu semester ini terlalu banyak kejutan ‘sweet’ yang Allah berikan.

 
Jadual pengurusan diri saya yang tak terurus ni. bukan sahaja dilekatkan di dinding malah, saya juga ada jadual ni dalam smartphone. Saya juga ada apps yang akan mengingatkan saya tenang assignments, test dan exam. SAYA cepat lupa. sebab tu saya perlukan reminder
 
-kisah AM transmitter tak bunyi-

Thank you Andrew, Kak Liyana, Sharon, and Nirmala also Dr. Luqman who gave our group the second chance to present =)

 

Bukan kami tak cuba. Berjuta kali kami cuba nak dapatkan bunyi pada radio untuk projek AM transmitter. Kecewa tetap tidak mendapatkan hasil. Bunyi ‘pasir’ je dengar! Sehingga lah ke saat akhir waktu terakhir untuk present kami masih gigih untuk mencuba. Eh bukan kami tapi teammate saya yang super hebat. Kami pun panggil lah Dr. Luqman untuk tengok circuit kami yang tak jadi. Dr. Luqman cakap “ok takpa masukkan je dalam report results kamu yang tak jadi ni”

SOBSSS

Kerana misi empat rata saya nak jugak second chance. Walaupun dah diberitahu waktu akhir presentation hingga jam 12 sahaja pada hari tersebut. Saya tak boleh nak predict sama ada lecturer saya bagi ataupun tidak second chance tu.

Alhamdulillah Dr. Luqman berikan second chance !

And finally we’re success! Alhamdulillah.

 

Bukan success yang ni je malah project Multimedia saya pun success dan mendapat pujian lecturer. Eh, credit to teammate yang hebat part edit Abid, Zul dan Hamka. Thank you semua.

 

Project ecad kami juga tak banyak komen negative dari Dr. Jais. Thank you Zana yang rajin, Yassin yang terror simulate, and kak Qila juga. You guys awesome! Sekiranya saya bukan teammate yang awesome seperti kalian ampunkanlah saya dari hujung rambut hingga hujung perlis.

 

Oh ya project EMG walaupun ada kisah sedih sobs sobs disebalik presentation EMG, walaupun tarik muka seribu lecturer nak dengar presentation saya, saya ada misi memburu empat rata ! saya kena present jugak bagi lecturer dengar dan faham apa yang saya dah buat. Bersungguh saya mencari Matlab at least mesej saya sampai pada lecturer tu. Walaupun usaha tu sudah ada nak persuade lecturer tu, namun bila sudah tarik muka seribu it’s a sign yang you memang tak diberi chance. As a debator hati memang kental dan tebal. Dah biasa dah dipsycho. Thank you Min, Aten, Aishah, Aisyah , Fiqa. Thank you.

 
Classmates!


-kisah foreigner rajin dan big effort kakak ex-dip-

Ada seorang rakan foreigner saya tu dapat high mark syss comm. 43/50 markah test dia.  Nak tahu apa rahsia? Dia rajin buat soalan dan datang Tanya ke bilik lecturer. Rasa muka saya ni macam kena tampor dengan tapak selipar jepun yang ada tahi (euww selekeh) . As a Malaysian saya rasa malu .. malu sangat sangat. Mereka foreigner student sangat rajin. Saya juga perlu! Perlu jadi rajin. Since that day saya bertambah-tambah usaha.. Thank you my foreigner friends, you had waking me up. Saya juga lihat latihan yang telah dibuat oleh rakan foreigner saya sebelum mereka masuk ke kelas! Itupun masih lagi mereka risau dengan usaha mereka , yang mereka kata sedikit. Kalau itu mereka kata sedikit.. sudah pasti mereka taknak jadi diri saya yang usahanya lagi sedikit compared to them. Alhamdulillah , diri saya yang tak da lah pandai mana ni menjadi reference my foreigner friends in class yang sometimes tidak faham dengan apa yang disampaikan. See , mereka rajin.

 

Ada sekali kami dapat paper satu subject tu. Markah foreigner tu sangat tinggi. Dan dia bersedih kerana tak dapat full mark. Oh m jay ! Perlukah saya rasa selesa dengan markah saya yang saya rasakan ‘awesome’.  Saya juga terikut sedih dengan markah test saya sebab saya saya juga tak dapat full mark. Thank you my foreigner friend. Once again, saya dikejutkan lagi dengan orang luar.

 

Pelajar ex-dip sangat rajin. I envy them. Practically mereka hebat. Usaha mereka juga hebat. Some of them thinking that I smarter than them as I ex-matriculation. No, factually I’m not. I’m the one who need to put big effort untuk success! Tengok focus mereka dalam kelas. Nota yang mereka buat sendiri. Mereka buat past year test, quiz dan final. Mereka bukukan nota dan latihan mereka. Seriously I’m nothing compared to them. Melihatkan mereka rajin tahap infinity tu saya juga terikut menjadi mereka. Ada yang pernah cakap “kami tak pandai sangat macam miera, that’s why kena rajin” ya Allah saya tak pandai serious bukan tipu. Akak akak ex dip lebih pandai, lebih rajin. Thank you for this one semester journey akak akak. Abang abang .
 
 

 kalau stress luangkan masa di mall, makin lah stress. baik luangkan masa dengan haiwan dan nature. tenang sikit . eleh miera, feeling feeling bagi makan kangaroo la tu! itu arnab weii . arnab.

-kisah jadual final exam yang sedih-

Melihatkan marah carrymark yang saya ada saya sudah bergunung gembira. OH TIDAK! Kenapa jadual final exam saya lima paper straight. Sedih stress. Tak tahu nak cakap macam mana.  Sehingga satu tahap stress yang saya dah tak boleh dah nak dengar lagu-lagu time study, saya cuba mendengar orang mengaji. dengar suara alunan imam Abdurrahman as-sudais.tenang. sungguh tenang.

 

Saya pernah sahaja memiliki markah carrymark antara yang tertinggi untuk subject favorite. Atas sebab paper final saya markah rendah, hasil akhir subject tu kurang memberangsangkan. risau .
 
 
reward untuk diri yang tak cukup tidur dan selalu menahan lapar semester ini kerana makan adalah pilihan kedua =)!
 

=)

Thank you so much Dr. Jais, Dr. Lukman Hanif, Pn. Sabariah, Ir. Dr. Hafizi, Pn. Intan Farhana, Dr. Suhaila Sari, En. Hazli

 

Thank you Dr. Afandi Ahmad. post Dr. di facebook sangat membantu. Ceramah semester satu saya di UTHM yang Dr. berikan jugak banyak meninggalkan kesan sehingga hari ini. Thank you.

 

Thank you zoe, and all BEBians. My room mate yang super busy. Geng Jemahh. Thank you . Anis housemate saya juga banyak membantu. kak wa, kak muni ex akak bilik yang sekelas thank you for your help. My senpai cici thank you. Thank you la semua yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung. (untuk menulis semua nama tak tertulis kerana ramai orang yang menolong) =)

 

Post ini bukan bertujuan menunjuk atau meninggi diri. Ya Allah tidak sama sekali. Saya Mohon maaf mohon ampun atas segala salah silap saya sepanjang saya berada di university ini juga semester ini.
 Mohon maaf jugak kepada pembaca blog ni kerana miera jarang update blog ni atas kesibukan diri ini. Maaf.
 

Best of luck for final exam yang berderet

 
Hi I'm third year students who only date with books and library. I'm a nerd and a geek persons!


p/s: psst.. belajar JOM! Doakan saya segala apa yang saya pelajari mudah diingati , difahami, masuk final exam saya. Five days straight exam suatu perkara yang paling seksa untuk saya. Harapan menggunung empat rata saya seakan samar. Doakan saya. Jika bukan empat rata … pointer saya tu, setimpal usaha juga sudah membahgiakan. Moga Allah melimpahkan rezeki kepada saya dan juga rakan-rakan. Adios amigos! Sorry post saya panjang (cerita benda baik kena la guna saya baru Nampak baik)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...