Wednesday, June 20, 2012

EIYY Fibroid! Apa tu???


ASSALAMUALAIKUM . . .

Mengapa wanita ada fibroid???

Umur 40-an merupakan umur yang penting bagi seorang wanita.. kerana dalam jangka waktu ini banyak perubahanyang berlaku sama ada perubahan rohani, jasmani, emosi, mahupun mental. Salah satu perubahan yang bakal anda alami ialah gangguan haid. Miera percaya bahawa mereka yang berumur 40 tahun mereka akan mengalami pelbagai perubahan.

Fibroid dan Cyst merupakan sejenis penyakit ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim, tumbuh di dalam atau di luar rahim

GANGGUAN HAID???

Pelbagai gangguan haid boleh berlaku sama ada haidnya tidak teratur atau secara teratur tetapi keluar dengan banyak secara berpanjangan. Ada pula yang diganggu oleh perjalanan haid yang tidak betul seperti keluar tidak tentu sedikit demi sedikit serta berpanjangan.Ada yang mengalami senggugut ketika haid darah berketul-ketul sehingga badan lemah dan kehilangan darah yang terlalu banyak. Ada yang kekurangan haid seperti sekali dalam 2 / 3 bulan DENGAN SEDIKIT. Ada yang tak keluar haid beberapa bulan BUT bila keluar terus banyak dan berpanjangan. Ada sesetengah wanita mengalami masalah turun darah selepas melakukan persetubuhan dengan suami. Bagi mereka yang kekurangan haid ni mereka pastinya bimbang sama ada mereka menopous atau tidak. Ini merupakan sesuatu petanda yang bahaya! Mungkin ada ketumbuhan BESAR!!!

Ia mampu melemahkan seluruh sistem tubuh badan,
sakit pinggang mengganggu kitaran haid,
menghimpit pundi kencing,

menghalang pengeluaran najis hingga sampai ketahap najis terpaksa keluar melalui mulut,

sakit senggugut yang melampau,

serta menghalang proses kehamilan
dan kelahiran untuk mengeluarkan bayi.


Saya ingin menekankan di sini, bahawa gangguan haid pada wanita dalam umur sekitar empat puluhan atau lebih, boleh menandakan penyakit yang sangat berbahaya dan ditakuti seperti kanser pangkal rahim.

SEHINGGA KINI STATUS PUNCA PENYAKIT FIBROID TIDAK DAPAT DIKESAN..

Oleh itu, Miera ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika anda mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit puan.

tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ketumbuhan penyakit ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, jangkitan kuman mahupun keracunan.

Gangguan Haid Boleh Menandakan Ketumbuhan Dalam Rahim??

Gangguan haid yang berbagai-bagai bentuk boleh menandakan sesuatu penyakit dalam rahim. Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan, penyakit yang sering menyebabkan gangguan haid ialah ketumbuhan daging pada dinding rahim, iaitu ketumbuhan yang dinamakan fibroid. Walau bagaimanapun, ada penyakit-penyakit lain yang lebih ditakuti seperti kanser pangkal rahim, jangkitan kuman di dalam alat peranakan, kanser rahim dan ketumbuhan lain seperti adenomysis dan endometriosis.

Kebiasaannya pengidap penyakit fibroid ini berumur dalam lingkungan 45 tahun ke-atas, tetapi sejak akhir-akhir ini.. pengidap termuda dapat dikesan berumur dalam lingkungan 17 tahun dan terpaksa membuang keseluruhan rahim sebelum penyakit ini menular menjadi kanser dan mengancam nyawa.

Menurut pembacaan Miera, fibroid ini merupakan penyakit yang sering menyerang wanita. Walaupun, ketumbuhan fibroid sering berlaku, namun tidak kesemua ketumbuhan ini menimbulkan masalah dan kadang-kala seseorang wanita tidak sedar dia mempunyai ketumbuhan tersebut sehingga akhir hayatnya kerana ketumbuhan itu tidak menimbulkan apa-apa tanda ataupun gejala yang boleh mengancam kesihatannya.

Rawatan Moden:

Ketumbuhan Kecil - makan ubat yang disarankan untuk memecah dan mencairkan ketumbuhan tersebut.

Ketumbuhan Besar - perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan,jika ia berisiko doktor menyarankan agar membuang rahim bergantung pada tahap kritikal penyakit itu.

Apa itu Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat kelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.


Rawatan Islam:

Pengidap rajin-rajinlah membaca surah Maryam or Ambiyaa' or An-Nisaa' or Al-Imran kerana ia dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti ovarian cyst and fibroid dan lain-lain. Sumber fakta dan info dirujuk dari buku tulisan Dr. Amran Kasimin, Prof Madya Hanafi Ismail, dan Dato’ Dr. Haron Din

p/s: Kita sering mengutamakan perubatan moden dari kaedah rawatan secara Islam, kerana perubatan moden lebih berasaskan kepada logik dan beralasan. Ramai di antara kita menenepikan KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN


1 comment:

  1. oh thanks armouris for your sharing REally apriciate it! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...