Tuesday, October 15, 2013

Tentang Doa & Malu Pada Allah

 
Assalamualaikum and hi to all =)

My mom selalu berpesan, Miera kalau terjaga waktu malam tu janganlah lupa buat solat tahajjud solat taubat tapi hum memang lah miera ni tak pernah membuatnya -___- . kengkadang tu rasa malu dengan Allah sebab bila time ada test and final exam je Miera barulah rajin nak beribadat sunat, solat hajat dan sebagainya. Kalau tak harapkan solat 5 waktu yang wajib dan mengaji selepas waktu maghrib serta membaca Al-Ma’thurat sebelum waktu maghrib tu jelah. (Nasiblah my mom tak pandai baca belog-belog merapeks ni hikhok) Mesti dia sedih bila tahu anak yang dikandung 9 bulan begini sobsob.

Sepanjang perjalanan ke dewan exam biasanya Miera akan diam menyepi hanya mampu berzikir dalam hati sajoh. Cuak lah! Oh BTW miera mempunyai masalah nervous tahap infinity bila tiba musim exam dan test. Dan untuk mendapat ketenangan Miera akan baca

'hasbiyallah, wani'mal wakiiil'

'cukuplah aku punya Allah dan Dialah sebaik-baiknya tempat aku berlindung'.

Dan Miera akan recite doa yang sama berulang-ulang kali sampailah pengawas exam tu kata ‘anda boleh menjawab’ then Miera akan stop recite doa yang kat atas ni Miera tukar pulak dengan ayat 1000 dinar. Dan Miera akan make sure kaki yang Miera melangkah dewan exam tu kaki kanan. Kalau yang masuk tu kaki kiri Miera akan break and go stand then tukar kaki kanan yang masuk hahaha.

Ni doa yang pendek dan selalu Miera baca

“Ya Allah berikanlah aku dan kawankawan full mark”

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kau murahkanlah rezekiku, kau kuatkanlah ingatanku sebagaimana yang kau berikan terhadap golongan nabi-nabi terdahulu dan sahabat-sahabatnya dan sebagaimana ingatan itu diberi kepada penghafaz Al-Quran, kau permudahkanlah urusanku di dalam arena perperangan ini, kau kurniakanlah kecerdikan akal fikiranku , kau lembutkanlah hati lecturer ku melihat jawapan ku, sesungguhnya kaulah yang memudahkan segala yang susah. Amin..”

Bagi miera nilah doa yang paling mudah , jitu dan lengkap. By the way, kepada yang nak exam semangat! Kepada yang sedang exam best of luck! Take care and teruskan usaha
 
p/s: thank you for reading this entry

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...