Ramai yang tahu tentang cinta.Ramai yang tahu bagaimana untuk meluahkan kata cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Tetapi adakah anda tahu apakah itu cinta yang sebenarnya?
Sifat Cinta
Cinta itu suci, tinggi tarafnya dan mahal. . Itulah cinta yang benar-benar cinta. Jika tidak, cinta itu akan cacat. Memang sifat cinta itu sempurna.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan??
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Allah cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Cinta itu Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Allah menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Sedia untuk mengikat janji setia serta saling memahami. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Bersedia menyerahkan diri kepada yang dicintai. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.
Apa Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti? Kebanyakan orang percaya jika tiada bukti cinta, maka cinta itu tiada nilainya. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankanatau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Sebenarnya anggapan itu KURANG TEPAT!!!. Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Bukan saja ia cantik malah suci murni, putih bersih dan bercahaya. (Over tu description dia.. hahaha) Cantiknya itu tulen dan tidak ia bertopeng.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Samalah perumpamaanya bila anda tengok baby yang comel . Cinta itu suci dan bersih.
Analogi ---> ada seorang kanak2 kecil dia senyum pada anda dan mendekati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manis iaitu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bolehdikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Allah Maha Pencipta.
p/s: Doakan Miera mengukuhkan hati tidak terjerumus dalam cinta yang nafsu, tetapi hanya cinta Illahi. amin.
No comments:
Post a Comment