Thursday, June 21, 2012

Terubuk Bakar Yang UMPH!


Salam petang semua, harap anda2 semua sihat. Pernah tak anda makan ikan terubuk panggang atau bakar?? Hari ni Miera lewat sedikit update entry kerana sibuk menyiapkan kerja-kerja di dapur. Ikan terubuk kalau kita bakar atau goreng sisik dia tak perlu dibuang. So, this is my first time masak ikan terubuk bakar, before this pernah jugak BUT goreng. Selain digoreng , ikan terubuk juga sedap untuk di masak asam pedas! Kalau digoreng, sisik dia rasa seakan2 kacang bila kita makan, tapi dengan syarat kena makan masa sisiknya rangup dan panas. So, ikan yang Miera masak hari ni just in medium size. Haa, kalau anda ke Sarawak, boleh lah anda merasa penangan terubuk asin yang famous. Just bakar for 10 - 15 minute je. So, for me, Miera choose non- stick pan, API PERLAHAN. ok, masa membakar tu depends on saiz ikan.

So, are you ready for dinner???

What make the ikan bakar more tasty?? Of course la sambal asam special from my mom, Pn. Suliha. Ok, bau sambal asam yang harum, memang UMPH la bila pekena dengan ikan bakar kita. Terliuq ayaq liuq cek. Thanks mommy for the tasty sambal asam special. Okay bukan apa, sometimes ikan bakar ni even kita dah cuci sekali pun, dan perap, bau ikan tu still ada.. so, sambal air asam special ni lah yang buatkan ikan bakar ni makin sedap..Tak percaya?? Serius SEDAP lah!! Jom kita tengok apa resipi nih :)

Bumbu-bumbunya <3 (ceh bajet indon, haha)
1 ekor ikan terubuk, saiz sederhana
*kunyit hidup( tengok ikan tu besar mana)
*1 ulas bawang putih (diracik halus)
Garam secukup rasa

Bumbu Sambal Asam Special <3
~3 biji cili merah
~6 biji cili padi (terpulang nak pedas letak banyak)
~Sedikit belacan (~di kisar)
1 biji bawang besar di hiris
1 kuntum bunga kantan di hiris
3 tangkai daun kesom dihiris
2 biji tomato (didadu)
air asam jawa
3 biji limau kasturi, (di perah)
Garam dan gula secukup rasa


Step By Step <3
  1. Ikan Terubuk Bakar Yang Sedap ---> Ikan disiang, buang sedikit ekornya, gunting sirip dan insangnya. Cuci hingga perut ikan tiada kesan hitam2. . Kemudian perap dengan sedikit garam dan limau kasturi selama 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan ketepikan.
  2. Lumur ikan tadi dengan bahan yang dikisar, terutama bahagian dalam perutnya, dan lumurkan dengan sedikit garam. Biar sekejap ikan tadi. Panaskan non-stick pan, letakkan ikan tadi dan kecilkan api. Tutup pan dan biar 10 - 15 minit, kemudian terbalikkan dan sambung membakar lagi untuk 10 - 15 minit. Bakar ikan hingga masak, bila isinya bertukar keputihan.
  3. Sambal Asam Special <3 Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar

p/s: Menulis pun air liur meleleh ...heheheh


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...