Wednesday, June 13, 2012

kecewa cinta?



pernah anda kecewa? Cinta anda terhalang oleh keluarga? pernah putus cinta? atau sememangnya bukan jodoh buat anda...

Hidup ini umpama bumi yang berputar... tak selamanya kita akan berada di atas kerana kesenangan. Dan tak selamanya kita berada di bawah kerana kepedihan. Bukankah Allah itu Maha Adil hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hambaNya.

Dear readers...
pernah tak anda mendengar "Cinta Tak Semestinya Bersatu" ? tidak semestinya kita akan bersama orang yang kita cintai. tetapi kita akan bersama dengan jodoh kita yang sudah tertulis di luh mahfudz. Hanya Pencipta yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. so tak perlulah serahkan cinta anda buat mereka yang belum tentu jodoh kita...jangan bazirkan perasaan anda buat mereka yang tidak sepatutnya menerima.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu.
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak."
(Al-Baqarah:216)

p/s: korang faham tak apa yang Miera nak sampaikan? Humm kalau tak faham hang pi lah tanya Aduan Rakyat. kot ada talian hayat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...