Tuesday, June 12, 2012

Bicara Cinta Amiera . . .


"Jangan Cintakan orang yang tidak cintakan Allah, kerana jika mereka boleh tinggalkan Allah. Mereka juga boleh tinggalkan kita. - Imam Syafie


Di keheningan malam ni tiba2 soal CINTA yang bermain kat minda miera pulak. Humm, maybe dah terlebih tengok status kawan-kawan yang cakap pasal 'ehem2' diorang kot.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai hati tempat jatuhnya pandangan ILLAHI.....
Teruslah bermujahadah menggapai redhaNya ...
kerana disitulah kemenangan yang terlahir buat diriMU...

oklah senang ceghita Miera akan shortlistkan cerita hari ini :) Miera tau korang semua tak suka membaca article panjang KAN ..
---> sebab MIERA pun malas memBACA!

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya dari anaknya, ibubapanya, dan manusia seluruhnya"
LALU SIAPA YANG LEBIH KITA CINTA???

So, nasihat Miera pada anda jika anda sedang hangat bercinta, segerakanlah process ijabkabul, Andai anda merasa merekalah yang TERBAIK dan anda merasa anda tak mahu kehilangan mereka. Ingat! Perkahwinan itu dituntut Islam. APA?? Anda tak Bersedia? Tengah Study? Still Muda?

Dikala hati resah memendam Rindu...
Hiasi diri dengan taqwa,Istighfar dan Berbaik sangka, Perbanyakkanlah Solat, Selawat, Zikir, dan Tilawah,
Semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya

BUT bagi anda yang nak MENJAUHKAN diri anda dari CINTA, Miera ada CARANYA! mungkin anda sendiri bimbang akan maksiat dan zina yang kita sendiri tidak tahu berlakunya BILA. Kalau anda nak tahu Miera biasa menggunakan TOP-5 kat dalam blog ni :) so Check It Out!

  1. Dekatkan diri dengan Allah
Wujudkan link dengan Allah. Bcause bila kita ingat DIA, kita akan takut buat dosa, bila kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita. Macam mana kita nak ada link dengan ALLAH?

~ Awak, kalau awak semua boleh baca novel Ayat-ayat Cinta sampai habis, kenpa awak tak boleh baca Ayat-Ayat Cinta dari-Nya (Al-Quran), sentiasalah ingat dengan Allah dan perkara yang sewaktu dengannya, baca tafsir faham makna, latih diri bangun qiam (untuk menguatkan hati)

Bila kita dekat dengan Allah kita kerap ingat Dia, InsyaAllah hati kita takut untuk berbuat dosa.

2. Sekali-sekala
Ok anda sekali-sekala lah contact2 dengan boyfie/girlfie Awak tu. Kalau boleh kurang-kurangkanlah mesej or call yang not so important (CEHH ENGLISH Miss Miera kita dah kluaq dah) . Do not keep in touch so frequently la.. sehari sekali ke, LEPAS TU? seminggu sekali ke, LEPAS TU? sebulan sekali ke, LEPAS TU? (Hang pikir la sendiri, dah besar kan .. Pandai-pandailah)

3. DOA! DOA! DOA!
Bukankah doa itu senjata mukmin.

~ Jika dia (nama) ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat. Sekiranya (dia) tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya, maka jauhilah aku dari memikirkannya dan jauhilah dirinya dari memikirkanku.

4. Jangan luahkan

Jangan luahkan perasaan anda kepada si dia (banyak lagi kerja Anda boleh buat). Nanti kalau tak diterima, Frust lah pulak, BUT, kalu diterima lain lah pulak ceritanya. Tak payah lah awak nak 'test market' nak tengok awak ni diterima ke tidak. Dengan kata nama lain tak perlulah mencipta 'ukhuwah' jika tiada keperluannya. ( Jika belum sampai waktunya)

5. Muhasabah
Muhasabah muhasarawak (haahaha) setiap hari mengenai bahanya cinta! Ingat! sekali kita mendekati cinta (manusia) , kita berpotensi untuk jauh dari cinta Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sesi lepak+borak dengan kawan2

SHEENA tu nama panggilan Miera untuk kawan-kawan Samura. Senior bagi.

"Eleh Sheena kau mana tahu feel cinta kau tak pernah rasa."

Isyy geram jugak aku dengan kawan aku ni. Aku tahulah pasai cinta even aku tak pernah bercinta. Alien sangat ke aku tak pernah bercinta???

"Entah Sheena semua kau reject. Kau nak tunggu siapa wehh? Aku rasa mamat yang nak kat kau handsome-handsome je. Pandai. Kaya. Apa lagi lah yang kau nak. Kalau kau tak nak, kau bagi la kat kitorang. tak baik bagi orang tunggu lama."

Humm betul jugak apa yang diorang cakap. Tak pernah satu cinta lelaki pun yang aku terima. AHH! "aku tak nak kecewa. Aku tahu rasa sakit, bila kecewa." (dalam hati) kan kalau aku cakap makin lah budak-budak ni shoot aku >.<

"Korang nak cinta yang sentiasa bahagia tak? yang takde gelora, takde gaduh, sentiasa sayang, sentiasa ada buat korang.." aku senyum kat diorang hehehehe

"NAK NAK! tapi Sheena tak mungkinla kan ada cinta perfect. Ada ke laki yang macam tu?"

"Korang bercintalah dengan Allah Cinta yang tak pernah layu tak pernah mati. "

Aku pun tersenyum and diorang pun senyap terdiam. Betul apa :)

p/s: Tanamkan keyakinan dalam diri anda bahawa Allah adalah penyusun takdir yang terbaik. Itulah yang Miera tanam. Anda bagaimana?





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...