Tuesday, June 19, 2012

mengertikah kamu akan solat mu????


Assalmualaikum - wbt. =D

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat. Tak hairanlah mengapa kalau kita tidak khusyuk dalam solat. Tepuk dada tengok diri sendiri.

---> Adalah amat menyedihkan sekiranya apa yang kita lakukan sia-sia bukan? So apa kata dengan masa yang singkat ini kita perbetulkan bacaan dalam solat supaya, sujud kita, takbir kita, and rukuk kita, bukanlah seperti 'ayam' mematuk beras. ^^

AL - FATIHAH

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau yang kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

DOA IFTITAH

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

BACAAN KETIKA RUKUK

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya

BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

BACAAN KETIKA IKTIDAL

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


BACAAN KETIKA SUJUD

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL

Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

TAMBAHAN UNTUK TAHIYAT AKHIR

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


DOA QUNUT

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...