awak....
tubir mata itu semakin digenangi...
Air mata tidak berhenti . . .
Terus mengalir di pipi . ...
Dia seka ke tepi . . .
Awak..
Dia relakan hati disakiti,..
Dia relakan air mata yang tidak berhenti..
Dia relakan segalanya dengan harapan awak akan kembali….
Pulang ke sisi…
Awak..
Dia sudah tidak tahu buat apa..
Dia sudah rasa serba serbi tidak kena…
Hati sebak setiap kali wajah awak menjelma..
Dia usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira..
Dengan harapan semuanya kembali seperti sediakala..
Seperti biasa..
Awak..
Dia sudah tidak kenal diri..
Dia sudah tidak hiraukan kesihatan diri..
Dia sudah tidak kisahkan penampilan peribadi…
Hidup dia bergolak kini..
Pecahnya jiwa dan hati..
Dia sedang usaha ubati..
Lagi…
Awak..
Awak sendiri tahu dia kesunyian..
Awak sendiri tahu dia kesepian..
Awak sendiri tahu dia keseorangan..
Awak sendiri tahu dia hanya awak sebagai teman..
Tapi,awak tetap buat dia dalam kesakitan..
Awak..
Dia tidak akan menyalahkan…
Bukan awak yang akan dia tunding jari atau tangan..
Dia pilih diri sendiri untuk tanggung penyesalan..
Walaupun dia sendiri jelas akan keadaan..
Cuma dia enggan mulakan pertengkaran..
Kerana itu bakal lebih menyakitkan..
Awak..
Dia sandar di katil dan renung dinding lagi..
Telefon sentiasa di tangan kiri..
Tangan kanan menyeka air mata yang membasahi..
Kepala dia sudah berpusing hingga dia tidak mampu berdiri..
Mata membengkak hingga dia malu sendiri..
Tapi entah kenapa air mata tidak mahu juga berhenti..
Sakit dia menusuk ke ulu hati..
Awak.
Dia rasa kasihan dengan diri sendiri..
Setiap hari dia perlu dipaksa untuk terus berdiri..
Lakonan atas dunia perlu diteruskan supaya dia tidak mati..
Pentas tersedia dan dia hanya perlu menari..
Walaupun cerah, terang, dia masih sepi..
Tarian tetap diatur walaupun air mata mengalir di pipi..
Senyuman tetap di ukir walaupun sakitnya hati..
Dia perlu kuat demi mendapatkan awak kembali..
Muncul di sisi..
Awak..
Awak boleh ambil masa hingga infiniti.
Dia tetap akan berusaha mencari..
Dia tetap akan menanti.
Walaupun ia lebih kepada membunuh diri.
Asalkan awak kembali..
Awak ..
Dia mohon awak kembali..
Walaupun sebentar ke sisi..
Cukup untuk dia seka air mata di pipi..
Cukup untuk dia gembira sedikit lagi..
Cukup untuk dia lupakan kesakitan diri..
Cukup untuk dia kekal berdiri..
Awak..
Bolehkah permintaan itu dipenuhi..??
Mengabulkan permintaan dia ini…??
Dia menanti..
Setiap malam , sepanjang hari..
Kerana dia enggan menangis lagi……
Semoga sinar pelangi indah muncul lagi . . .
Hanya untuk kamu. . .
p/s: Sedih apabila puisi ni siap, Hidup tidak seindah yang kita sangka :)
AKU TIDAK MEMILIH KAMU, TETAPI ALLAH TELAH MEMILIH DIRI MU BUAT DIRIKU
No comments:
Post a Comment