Assalamualaikum..
Masa Miera tengah menaip entry ni Miera tengah dengar lagu Sherina- Jalan Cinta which I called this song as my wedding song (haa Nampak tak). So, macam biasalah Miera nak berbicara mengenai soal cinta islamik. Nak-nak lately ni ramai yang kahwin kan . Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. =)
Masa Miera tengah menaip entry ni Miera tengah dengar lagu Sherina- Jalan Cinta which I called this song as my wedding song (haa Nampak tak). So, macam biasalah Miera nak berbicara mengenai soal cinta islamik. Nak-nak lately ni ramai yang kahwin kan . Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. =)
Orang
kata jodoh selalu bersama cinta , tetapi cinta tidak selalu bersama jodoh? Kisah
cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu akan membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka
masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos.
Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang
bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai
bila-bila lah dia tidak akan ada.
Adakah ia benar? Cinta boleh dipupuk? Dipupuk
bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya
kita mahu. Bagi Miera , jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Tapi
seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta
dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah
sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya?
Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:
“Dulu saya ingat jodoh saya ni jauh lah
orangnya rupanya depan batang hidung saya ni hah jodoh saya. Kecik sangat
dunia”
“ Isy asyik-asyik terserempak dengan orang
yang sama je. Pusing-pusing pun muka dia je. Jodoh ke? “
Ha,
tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu
terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba
perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau
dekat-dekat. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh
dengan orang yang sukakan duit dan seseorang engineer elektrik akan bertemu jodoh
dengan seorang engineer petroleum mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua,
tetapi banyak yang berlaku.
Ada
orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Jodoh itu
milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia
agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan
seseorang yang sangat kita sayangi. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak
mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita
dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok
elok.
Allah telah mengurniakan satu jodoh
untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah
dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada
sekarang. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan
terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar
setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk
kita semua, In shaa Allah.
cik amiera baru balik majlis wedding !
P/s: siapa yang follow miera je tahu kisah cinta islamik yang selalu
Miera ceritakan. Menjaga hati dan diri untuk yang berhak bukan mudah banyak
dugaan dalam mengistiqomahkan hati. Hanya untuk yang halal. Doakan Miera ya =)
serious soal jodoh ni misteri kan?
jodoh ni ketentua Dia, rahsia Dia... terima saja pemberian Dia... kalau bercinta kerana Allah terpelihara maruah kita
ReplyDeletekan terima sahaja ketentuan dia dan cuba menjadi yang terbaik dalam setiap yang ditentukan =) pasti ada keberkatannya
ReplyDelete