Bagaimana kalau Miera masih tidak menemui cinta? |
Cinta
Monyet
Alhamdulillah,
semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah Miera jauh dari memahami erti
ataupun mengalami cinta monyet. Humm.. ada je rakan-rakan yang ber'cinta'
seawal primary school. Ayat Cinta monyet ni biasa je.. tapi sekadar mendengar.
Miera bingung.
Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini apatah lagi sewaktu
miera sekolah rendah. "Tak hairanlah hang
hairan waktu tu.. kecik lagi!" Pelik dan mencari-cari sebab mengapa
ada yang bercinta seawal sekolah rendah.
Di sekolah menengah,
lain pula ceritanya. Mungkin mereka yang bercinta ini merasakan diri lebih
matang sedangkan baru menginjak remaja. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Kisah cinta disekeliling Miera bermacam-macam.
Apakah erti CINTA , COUPLE, dan KAHWIN? kisah fantasi
pasangan berdua-duaan yang sewaktu kecil Miera fikirkan,sebenarnya bukanlah
suatu yang diunjurkan Islam. Kini Miera yang berusia 19 tahun semakin
mengerti.
Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan
sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Buku Tentang Cinta
karangan Ustadz Pahrol Juoi banyak membantu Miera memahami Cinta..Kisah Cinta
Monyet yang membingungkan sewaktu zaman sekolah kini sudah terjawab.
Sewaktu Miera kecil sering tertanya-tanya perlukah Miera untuk ber'couple' untuk berkahwin. "Miera.. hang ni kecik-kecik dah gatai ya!" Kenapa Miera bingung akan hal ini? Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Sering ditayangkan babak kekasih dilamun cinta , makan berdua-duaan tak kisahlah filem tempatan mahupun Luar Negara. Tetapi yang menjadi tak eloknya.. mereka ni keluar tanpa sebarang ikatan yang SAH! “Perlu Ke?!” Bingung , bingung.. “Perlu ke couple before kahwin??” hisyy masa Miera kecik-kecik memang tak faham la soal tu.
Jual
mahal?
Setelah menghampiri
usia 20 tahun (BUT now I’m 19 tau) cehh takut tua gitu.. YeS in fact I’m still
single and I never couple,and orang sekeliling Miera sering mengecop Miera JUAL
MAHAL! Benarkah seseorang yang tak ‘berboyfriend’ macam Miera ni jual mahal
atau memilih? Ramai je yang cakap:
“Jangan jual mahal sangat ..tak
laku baru tahu!”
Atau Miera sebagai
empunya badan patut ke mengendahkan
sahaja apa yang orang kata.. sememangnya Miera tak bersetuju dengan budaya
couple yang jadi macam satu kewajipan? Beratnya Isu
NI! Adakah Miera memang tak memikirkan apa itu CINTA dan SAYANG?
Masakan tidak, di
dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa
yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari
urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau
separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan
perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang
dijanjikan Allah. penulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya
fikirkan sejak kecil lagi. Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri.
p/s: SELAMAT PENGANTIN BARU kepada senior-senior yang
berkahwin semasa cuti sekolah ni.. Semoga anda bahagia hingga anak cucu <3 span="span">3>
bukan jual mahal. TAPI, kita dah besar. Anda tahu mana yang betul dan mana yang salah. Biar org kata jual mahal, nanti tak laku. Tapi, janji Allah tu benar. Inshaallah akan ada adam utk hawa... yakin dgn janji Allah. :)
ReplyDeleteyup Miera yakin akan janji Allah bahawa sudah tercipta ADAM untuk HAWA dan akan diberi kemanisan untuk perkahwinan yang menjaga syariat ...
DeleteWahhhh..bila engineer berblog..cayalah miera! ^_^
ReplyDeletewahh mimie sampai blog kita lah :D
Delete