Saturday, December 8, 2012

Cinta Halal VS bisikan syaitan!


assalamualaikum readers. di tengah malam yang sepi..ditemani dengkuran adikku di sbelah ini..umm tak tahu mengapa malam ni hati ini nak berbicara tentang CINTA..ya.. kalau anda mengikuti blog miera pastinya anda tahu bentuk cinta yang miera mahukan dan runtun hati ini berjihad demi mendapatkan hanya cinta yang halal sahaja.

SITUASI DI KEDAI BUKU POPULAR PETANG TADI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
miera bukan nama sebenar cewah..
dok belek-belek majalah..tiba-tiba...
ada sekumpulan lelaki yang seorang ni menegur
"Hai!"
"tak guna punya lelaki. Kau jangan nak buat aku perasan.ok find miera jangan pandang.jangan pandang"dalam hati ni berkata
"Hai..boleh kenal?"
"Syaitan..jangan tengok..jangan pandang.."dalam hati jugak.
then angkat muka terpandang wajah lelaki kat sebelah mak aihh handsomenya!malay + Chinese look!
DUP DAP DUP DAP
kawan dia pun...
lepas tu terus tundukkan muka and pergi!! Ya Allah apa yang aku buat ni.. nafsu hati sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
duhai hati..
mengapa perasaan cinta ini berbisik lagi..
sedangkan kau tahu..
cinta aku pada Yang Satu masih belum sempurna.
Duhai cinta..
wajarkah aku terus berjihad demi cinta yang halal..
Ya Amiera!!
jihad itu perlu
kau tak boleh mendekati yang haram
kau kejarlah cinta yang halal~
TAPI??
"Aku sering merasakan rindu pada insan yang aku fikir aku ada hati terhadapnya"
Tolonglah syaitan usah kau berbisik terhadap hati ini!
Amiera..bukankah kau pernah mendengar..
Jika kau menyukai seseorang dan kau tidak menyatakan padanya
lalu kau simpan di dalam hati mu..dan kau pelihara iadengan baik
maka itu adalah jihad..
pasti Allah akan mendengarnya..
Ya Allah ampunilah aku kerana aku telah lalai menjaga hati ku ini.
Aku yakin akan jodoh yang kau berikan
kau kuatkan hati dan diri ini ya Allah


kebelakangan ini miera tak tahu kenapa soal hati ini terlalu sensitif..readers yang membaca blog miera pasti tahu akan miera yang menginginkan cinta selepas bernikah. Bila datangnya cinta itu yang pasti Miera akan mempersiapkan diri menjadi yang Halal dan menjadi yang Solehah buatnya. Cinta pada yang Satu itu juga tak pernah dilupa

p/s:doakan Miera mendapat jodoh yang baik. miera kuat menempuhi bisikan hati dan doakan yang terbaik ya.. Amin :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...