Friday, December 14, 2012

Kesenangan satu dugaan?




Assalamualaikum w.b.t.

miera rindu berkongsi pendapat dengan readers dan blogger yang ada.

My dear readers.. dulu Miera ingat susah je ujian dari ALLAH.tapi..mungkin Miera lupa yang Allah berikan kesenangan untuk uji hamba-hambaNya, adakah kesenangan itu melalaikan dia..dan bagaimanakah dia menguruskan kesenangan itu. Jadikanlah aku manusia yang bersyukur atas setiap nikmatmu. Jika kesenangan itu menjauhkan aku darimu, jauh dari kawan2 ku, jauh dari keluargaku , hindarkanlah.

Mungkin kerana kesenangan idup yang melmpah ruah kita lupa akan siapa yang memberi kesenangan kat kita. habiskan masa dengan segala benda tak berfaedah, mengajar anak tentang sesuatu yang sia-sia. Solat kita tinggal, aurat kita dedah, dan tiada istilah syukur dalam hidup kita. Bayangkanlah anak kecil dewasa ini, ada kamera DSLR, ipad, PSP, mp4 mereka sendiri. Teringat lagi masa kecil-kecil, apa yang miera ada hanya buku cerita kanak-kanak. ITU SAHAJA. Walaupun umur Miera menginjak 20 tahun miera cuma mempunyai 1buah Sony Walkman mp3 tu pun miera ada time SPM and sau handphone Nokia 3310 yang tak da pun orang pakai sekarang. Tapi miea sangat bersyukur yang miera tak dimanjakan dengan material sangat.Selagi Miera tak dapat No.1 dalam kelas jangan harap Miera nak dapat present.. itu pun miera minta tak sampai pun beribu hinggit. My family mengamalkan sistem "U give, and U can Take".


kadang-kadang bila duit kita bertimbun..kita lupa siapa yang membesarkan kita. Duk pusing-pusing berjimba satu dunia. ingatlah akan orang yang membesarkan kita (ibubapa). Tanpa kita sedari ibu bapa kita menitiskan air mata kerana menahan rindu nak berjumpa dengan anak kesayangan mereka. Nauzubillah. Hmm tahu tak setitik air mata ibu menitis.. jawapannya neraka..ni  Miera ada pantun:
Esok besar kaya hidup mewah..
jangan lupa mak ayah makan nasi degan kuah.
Miera motif pantun kau ni apa? haha. jangan la buat malu... kau ni pemantun sekolah OK! (pemantun pencen)

Pernah rakan Miera bertanya: " Miera bukan ke tanda Allah sayang akan hambanya dia akan mendapat ujian. Tapi hidup aku tak pernah merasa ujian.. hidup aku senang tak ada masalah. Allah tak sayang aku ke?


p/s: kalau rasa Allah tak sayang ke apa... Siapa kata? Allah sayang semua hambanya tau..and kalau rasa terlebih selesa dengan kemewahan yang ada jom kita refer ---->

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[21 : 35]






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...