Wednesday, December 26, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga Buatku


salam readers yang follow penulisan miera :) now Miera study week..sambil2 study week Miera ada lah tengok 1 cerita ni ..."WARKAH CINTA" ala yang Kak Helija Helmi berlakon tuhh. Ada satu kesimpulan la yang Miera sangat2 suka nak kata disini. Kalau readers membaca penulisan Miera yang terdahulu pastinya anda mengetahui akan Miera yang menginginkan Cinta Selepas Berkahwin .

"Jika kau mempunyai perasaan terhadapku, Jangan lah pernah kau meluahkan terhadapku , sehingga aku menjadi  yang halal bagimu. begitu juga aku tidak akan meluahkan satu perasaan cinta sehingga aku menjadi yang halal buat suamiku. kerana aku ingin menjadikan suamiku orang yang pertama menerima cintaku."


Suka sangat part yang dia kata dalam cerita tu "Kalau nak mengurat pun lancarkan bacaan Al-Quran dan Hafaz Al-Quran"
and ayat kalau perangai aku macam beruk mestilah dapat suami macam beruk so aku kena berubah.

bestlah cerita Warkah Cinta yang diadaptasi dari novel. Sedih pun ada. 

"sekiranya kau mencintai seorang wanita janganlah kau memilih kerana kecantikannya . Kalau itu yang kau pilih maka diharamkan hartanya dan kecantikannya buatmu. Janganlah kau memilih dia kerana kemasyhuran. Sekiranya dia masyhur kerana kebaikannya maka kau pilihlah dia..tetapi sekiranya dia masyhur kerana perangai buruknya maka kau lupakanlah dia. seandainya kau mencintai wanita itu elakkanlah wanita yang mesra alam. Kau carilah wanita yang pendiam dan menundukkan pandangannya."

Persoalannya disini bolehkah aku berubah menjadi muslimah sejati. Siapakah imam yang bakal membimbingku? aurat ku belum sempurna tudungku juga masih belum labuh terjaga. aku inginkan perubahan pada diriku tetapi bukanlah sesuatu perubahan yang drastik. Apa yang ada pada diri ini belum sempurna. Aku memerlukan suami beriman yang akan memimpin tanganku ke syurga. tetapi..layakkah aku? Janji Allah perempuan yang baik untuk lelalki yang baik. Begitu juga sebaliknya. Persoalannya..baik dan sempurnakah aku untuk memiliki seseorang yang baik? 


p/s: doakan Miera menjadi yang baik dan memperoleh jodoh yang baik. Istiqamah dalam memelihara hati bagi menghadiahkan cinta pertama buat yang Halal bagiKu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...