Sunday, December 23, 2012

Muhasabah diri? perlu ke!


Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.



Mengikut Ibnu Qudamah:
"muhasabah adalah melihat keadaan modal, keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan atau pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan,keuntungan ialah perkara sunat dan kerugian ialah maksiat"
readers.. banyak kelebihan jika kita bermuhasabah nak bermuhasarawak pun boleh jugak...antaranya..

  1. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  2. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.
  3. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.

p/s: Maka, di kesempatan ini, miera menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini. Selamat berstudy week untuk seluruh pelajar IPTA . readers yang membaca doakan Miera dapat study dengan mudah. In syaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...