Sunday, February 10, 2013

nak Mencari ? ATAU cuba menjadi?!


Assalamualaikum dear readers :) dah lama tak berblog bukan? harap all miss2 me a LOT! kesibukan miera bekerja membuatkan miera rarely update blog..BUSY! ~bajet lah kau miera... 
ada satu persoalan yang ditanyakan pada miera nak tahu soalannya macam mana?
orang yang bertanya: macam mana nak dapat jodoh yang baik ya? aku takut la jodoh yang aku dapat nanti macam ayah aku. aku tak suka la dengan ayah aku. (haihh boleh pulak lah macam ni . tanya miera macam lah miera ni dah berjumpa dengan tok syeikh alim2 ..lagi satu sesedap choki2 je awak cakap buruk ayah awak depan saya.. mehh sini Cik Miera bagi madah pujangga )
Duhai yang mencari...
Jangan mencari yang baik , tapi cubalah menjadi yang terbaik ,
Buat yang HAWA janganlah mencari yang soleh ,tapi cubalah menjadi wanita solehah,
Buat sang ADAM janganlah pula mencari yang solehah ,tapi cubalah menjadi lelaki soleh.
kerana walau sekuat manapun kita mencari tetapi tidak kuat diri kita cuba menjadi , 
Allah tidak akan menemukan pencarianmu itu ...
Namun jika kita cuba menjadi , tanpa mencaripun Allah sudah menyediakan yang terbaik buat kita.
Kerana untuk soal jodoh , Allah akan memberikan yang sesuai dengan keperibadian dan kadar keimanan kita. bukankah jodoh itu misteri. mengapa harus dipersoalkan lagi :)
p/s: harap segala persoalan terjawab. and untuk readers tak payah nak risau2 gelabah2 kucing jika takut jodoh kita tu tak berapa nak baik. cuba ubah diri kita dulu. apa yang pasti lelaki yang baik untuk wanita yang baik. sekan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...