Monday, January 21, 2013

Hendak Hidup Mewah hingga Harga Maruah Itu Murah ?!

KUALA LUMPUR: Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan.

Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelanggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket.

“Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan,” katanya kepada BERNAMA, di sini.

Berdasarkan serbuan sebelum ini,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, terdapat mami yang sebenarnya adalah pengusaha salun kecantikan dan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu secara sambilan. 

"Lazimnya kalau seorang pelacur memperoleh RM450, mami akan dapat komisen RM200," katanya menambah berdasarkan siasatan, seorang pelacur mengenakan caj antara RM450 dan RM800 untuk menjadi teman berhibur selama empat jam, serta minimum RM1,500 untuk hubungan seks.

 

"Apa pun kegiatan ini masih boleh dikira dan ia masih terkawal. Kita sentiasa jalankan risikan, pemantauan termasuk operasi dan bekerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membantu wanita yang tersasar atau mempunyai masalah latar belakang seperti ini," katanya.

Statistik terkini D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 2,772 wanita tempatan ditangkap terbabit pelacuran tahun lalu, berbanding 1,801 pada 2011, iaitu peningkatan 54 peratus.

Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan tahun lepas dengan serbuan tertinggi di Johor Bahru iaitu 8,749 serbuan berbanding 7,288 serbuan pada 2011. Ini diikuti Kuala Lumpur (8,620); Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

Bagaimanapun, katanya, ada sesetengah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu kerana terpengaruh dengan ajakan kawan yang mempunyai kenalan lelaki kaya.

"Sekali mereka terjebak, timbul rasa suka dan faktor itu jugalah yang membuatkan mereka dengan rela hati untuk melayan termasuk melayan nafsu sendiri dan pelanggannya," katanya. - BERNAMA

p/s: banyak lagi sumber rezeki yang halal. carilah yang halal. selagi kita menggunakan duit yang haram memanglah akan rasa duit tu tak pernah cukup. BERTAUBATLAH!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...