Saturday, March 16, 2013

warkah buat calon ibu mertuaku

 

Assalamualaikum readers . Lama dah Miera tak menulis blog. Before this miera pernah menulis warkah buat bakal suami yang Miera tak tahu pun siapa yang ditetapkan diluh mahfudz. Now, Miera tulis sepucuk warkah lagi untuk calon ibu mertua yang miera tak kenal siapa so bacalah:

Sebelum saya terus melabuhkan tinta dalam warkah ini..
izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai calon ibu mertuaku, seseorang yang tidak saya tahu siapa dirimu..
tapi satu yang pasti takdir di atas telah menetapkan bahawa sayalah bakal menantumu.
.
Saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat-amat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…
Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia
Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya

.
Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….
.
Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku yang telah ditakdirkan untuk ku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku yang telah tertulis pertemuan kita sejak luh mahfudz.
Bukanlah aku musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi aku akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku......
.
Tak perlu kau khuatir ibu,…
Tidak akan ku memonopoli perhatian anak mu,…
Justeru akan ku pastikan dia menjadi lebih taat padamu..
.
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya…
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..
kerana engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 
.
Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,…
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika diriku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu….
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….

 

p/s: harap mendapat seorang ibu mertua yang memahami dan menjadi rakan terbaik buat diriku. rakan terbaik buat ibuku. Amin.. Semoga anda berjumpa dengan ibu mertua yang terbaik di dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...