Sunday, April 7, 2013

cinta itu FITRAH cinta itu FITNAH ?!

 
Berbicara tentang cinta pasti readers dah biasa dengan penulisan blogger awak semua ini mengenai cinta suci iaitu cinta selepas nikah. Sorry readers lama dah tak menulis.. because of sibuk sangat dengan study BUT blogger korang ni akan menulis sepanjang mid sem break ni.. PROMISHH! so bacalah:

Fitrah boleh diertikan sebagai sifat semula jadi pada setiap makhluk-Nya, yang inginkan kebaikan dan menghindari segala kemudaratan ketika dilahirkan di dunia. Fitrah merangkumi seluruh aspek kehidupan, bermula dari diri sendiri,  masyarakat, kepada makhluk yang lain sehinggalah kepada hubungan manusia kepada Tuhan.

Fitrah itu umpama sehelai kain putih. Kelahirannya dalam keadaan suci dan bersih. Fitrah manusia yang paling bersih apabila dia pertama kali dilahirkan, manakala fitrah manusia yang paling suci apabila dia mengenal hubungannya dengan Tuhan. itu adalah fitrah.

 
Perangkuman fitrah menuruti jalan kebenaran dan kemuliaan tuhan. Sebagaimana istilah cinta itu diciptakan. Kehendak cinta antara manusia sehingga cinta kepada Allah, adalah perkara yang wujud sebahagian daripada fitrah manusia. Manusia meraih kalimah cinta untuk melindungi, memelihara, melengkapi dan menyayangi sebagai keperluan untuk meneruskan kelangsungan dalam kehidupan.

Namun, kewujudan cinta atas landasan fitrah hilang apabila ia datang kerana nafsu yang kadamgkala   menjadi syaitan. Ketika nafsu dan syaitan merajai segala tindakan manusia, tiada lagi pengertian fitrah dalam perbuatannya. Apabila kesesatan itu terjadi, manusia menjadi antara makhluk yang memiliki sifat tercela dan mengundang kemurkaan Allah.

Apabila kembalinya cinta kepada fitrah ianya adalah salah satu jalan kebenaran. Kini, makin ramai manusia hilang pedoman dan menjauhi dari fitrah makhluk ciptaan Tuhan. Kesesatan yang semakin jauh dalam menilai erti cinta, semakin lama semakin hampir dengan bala Allah kepada para makhluk-Nya yang berakal, tetapi kufur dan durhaka kepada-Nya.

Cinta kepada Allah adalah kunci untuk mencintai segalanya di muka bumi ini. Ramai pasangan suami isteri yang berkahwin tanpa memulakan cinta, berjaya membina rumah tangga yang bahagia kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. ini kerana perkahwinan itu sendiri telah dimulakan dengan cinta suci. inilah yang Miera idam-idamkan. Readers doakan Miera.
 
 


 p/s:  carilah erti fitrah cinta yang teragung, cinta Allah s.w.t. Ia tidak berpenghujung, ia sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh-Nya. Ungkapkanlah kalimah cinta yang teragung sehingga ke akhir hayat ini, agar mencapai keindahan cinta yang abadi.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...