Assalamualaikum.. hari ni miera blogger anda nak berbincang mengenai aurat seorang wa nita dan bakal suaminya.. hah.. macam mana tu? OK mari kita belajar sama-sama. Baik buat wanita mahupun lelaki kat luar sana.. setelah sekian lama tak bincang soal cinta berlandaskan syarak.. hari ni blogger anda ni nak share something dengan anda.. selamat membaca .
Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram. Ia adalah perlu kerana ia adalah hak bagi seorang yang ingin berkahwin untuk memilih paras rupa pasangannya mengikut kesukaannya supaya untuk mencegah daripada berlakunnya penyesalan setelah mendirikan rumah tangga yang hanya akan mengundang seribu satu masalah dalam kehidupan rumah tangga kelak.
Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah:
Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).
Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan ‘Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.
Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.
Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.
InsyaAllah, semoga si dia membuat pilihan tepat untuk memilih saudari sebagai teman hidupnya.
p/s: semoga dengan info ni berguna buat para ADAM di luar sana :)
harap dapat diamalkan..
ReplyDeleteLeggings itu LUCAH. Sebarkan fakta ini kepada anak bini rakan taulan kita. Jangan pakai Leggings di tempat awam.
http://leggingseksi.blogspot.com