blogger feeling tepi laut |
Assalamualaikum
Wow kenapa mendiva sangat tajuk, bajet retis U Miera. Sempena achievement blog Miera achieve 10k reader tu yang miera buat entry ni. Siapa Miera Maira? Youtuber ke? Bukan. Artis tv ke ? Bukan jugak. Blogger ke? yupp saya seorang Blogger. sejak BILA? actelli sejak masuk matrik lebih kurang 2011 till now blogger baru je.
tetapi kenapa ya encik-encik, kakak-kakak blogger anda ni mengada-ngada sangat nak perkenalkan diri dia. Ini disebabkan rumahku syurgaku ni mempunyai internet tahap infinity. BUT blogger yang mengada-ngada nak cerita pasai diri dia nilah yang anda baca blog dia.
Siapa blogger Miera Maira Iz Mumbling Troubling?
Nama sebenar blogger anda ni Nurul Amirah Mohd Yunos. lebih selesa dikenali Miera Maira kat fb, twitter dan blog. Mahasiswa yang duduk dibawah undang2 universiti dan baru berumur 20 tahun. Seorang pendebat universiti under sekretariat debat. sekarang sedang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Komunikasi) dengan kepujian. kerana kekangan masa antara study, debat dan menulis blog, maka miera membahagikan masa sebaiknya antara ketiga-tiga perkara
itu.
Apa bestnya Blog Miera Maira ni?
Nama blog ni diberi Miera Maira Iz Mumbling Troubling. Padanlah tajuk dia dengan isi kandungannya di mana Miera Maira ni membebel pasal masalah. Ada yang tanya apa bestnya kalau baca blog ni?
Nama blog ni pun best! Ala-ala minah-minah gossip. Miera anggap blog ni sebagai medium untuk share something dengan orang kat luar sana. GENRE? By TheWay ... blog ni tak ada genre dia. Macam-macam ada kat dalam blog ni. Sampai pening Miera nak decide which one genre blog Miera ni. Fakta ada, tips ada, cerpen ada, travelling guide ada, cinta islamik pun ada.Untuk light reading bolehlah baca blog miera ni. Miera rasa oklah blog ni, takdalah Miera rasa macam kebabom gila blog ni. BUT dear readers miera have to admit something about my secret. Miera suka bukak entry-entry lama bila boring, baca balik apa yang miera tulis. In conclusion Miera suka baca blog sendiri ghopenyer. Flashback balik kenangan lama. Gelakkan diri Miera sendiri bila tengok ayat first time miera berblog macam $%*! dan pic lama yang *&^%. Ini salah satu reason kenapa Miera antara blogger yang malas upate blogs. Miera just akan update blog which tajuknya menarik untuk Miera berblog and bila tajuk tu ada nilai estetika nya. Haruslah macam tu. Sebab Miera akan repeat balik baca blog Miera sendiri bila borink. Nak menulis haruslah ada idea uols.
BLOG YANG SUSAH NAK MENGUPDATE TAPI KENAPA KENA BACA BLOG NI?
Di setiap entry ada hati penulis blog disitu. Then Miera ohsem~ Thanx a lot kepada readers yang selama ni sentiasa support dan baca kisah hidup yang tak seberapa ni. Miera akan terus berusaha untuk pembaca tersayang. To those yang first timer datang blog Miera ni, WELCOME! I really appriciate it =) If Miera tak ada update baru, bolehlah bukak entry yang lama. Semua tu best-best.
cool blog uols |
p/s : thx for reading
No comments:
Post a Comment