Monday, June 24, 2013

Cerita Tentang Masa

Assalamualaikum wbt.

 

Alhamdulillah readers pejam celik.. pejam celik dahnak masuk 2 minggu Miera bercuti di rumah. Tak sangka kejap je 2 minggu dah nak berlalu. Sekarang ni umur Miera 19 tahun (28th August ni my birtyhday ~ Happy ) , rupanya dah nak 20 tahun Miera

hidup kat dunia ni, rasanya baru semalam je ambil UPSR,PMR dan SPM, baru semalam je masuk matrik, and baru semalam je ambil kos Eletric ni. Masa ni sekejap je sampai masa ajal memanggil. Kalau kita tak menghabiskan masa kita dengan perkara yang berfaedah memang sekejap je masa tu berlalu. Dan Islam juga ada menekankan mengenai masa…

 

 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

[ 103:1-3 ]

Cuti  kali ini lebih menenangkan kerana Miera telah menetapkan untuk rest bersama keluarga 2 minggu dan menggunakan masa yang ada untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Sungguh tenang tanpa kesibukan seperti selalu hanya memikirkan urusan dunia semata sedangkan akhirat jualah yang abadi untukku.







Apa yang Miera buat selama 2 minggu. Banyak sebenarnya. Firstly, jadi surirumah tolong ibuayah yang pergi kerja. Masak, kemas rumah, urus adik nak ke sekolah. Woww motherly sangat. Habis je siapkan semua tu telah ku berjanji untuk siapkan bahan untuk blog setiap hari setelah selesai semua kerja. Menemani ibuku pada hujung minggu ke kelas mengajinya. Bila diusik kawan-kawan ibu tentang pertanyaan bila nak kahwin dik? Dah ada orang punya belum. Hanya mampu tersenyum. Ada ke Tanya soalan macam tu? Tanyalah saya dapat tak input ke kelas mengaji tu ke . apa ke.. biasalah kadangkala mereka ni seakan terlupa niat sebenar ke kelas mengaji itu.. jadi kelas separuh bual separuh mengaji pula. Bukan nak berkata saya ni baik sangat. Bukan! Tapi saya lebih gemar tentang konsep niat dan istiqamah dalam melakukan sesuatu.

Sebagai seorang anak yang hanya menuruti ibunya maka segala arahan ibu saya, saya ikuti. Even kadangkala kurang gemar dengan cerita yang ditontoni ibu saya tapi saya tengok juga. Sepanjang cuti ni Miera tengok Teduhan Kasih, Epilog Cinta Kirana, Binar, Berlian Bening, Semanis Kurma, and Buletin TV3 even tak minat kenalah jugak tengok secara terpaksanya.


p/s: Gunalah masa cuti anda sebaiknya. Hidup ni ibarat menuai dan hasilnya akan dituai diakhirat nanti. Demi masa sesungguhnya manusia kerugian…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...