Ok 2 gelas air, 2 pinggan nasi, 2 pinggan lauk . nafsu makan dia ni besau nihh |
Assalamualaikum and HI! Readers blog Miera yang tersayang
*flying kiss
Hum..
nak cerita apa ni.. nak dekat dengan bulan puasa ni tiba-tiba terfikir mengenai
perkataan nafsu.. ye nafsu.. biasanya orang akan kata perempuan ni tinggi
nafsunya. Mana taknya perempuan 9 nafsu dan 1 akal. Lelaki
pulak 9 akal
dan 1 nafsu. Bila dengar rasa macam tak adil lah pulak kan untuk
orang perempuan yang bijak dan pandai dan smart sebab mereka ni dikatakan ada 1
akal sahaja. Bagaimana pulak dengan perempuan yang innocent dan blur seperti
Miera ni dikatakan mempunyai 9 nafsu? BAHAHA Miera dah mula dah syndrome
perasan dia!
HA!
Apa yang korang lelaki tengah fikir hah! Mesti korang fikir perempuan ni nafsu
yang ke lain kan.. Tampar muka korang sekarang bagi sedar kejap.. Common bila
cakap pasal nafsu , nafsu ni luas! Nafsu nak tengok wayang, nafsu nak shopping,
nafsu melancong, nafsu nak kentot kuat-kuat semua tu kategori nafsu. Mesti
lelaki tengah fikir mak aihh banyak nya nafsu perempuan kat dunia ni..
“baik
aku pergi menelaah buku Analog Eletronic sampai khatam dari aku faham
perempuan.”
Ya
memang benar tanggapan anda terhadap perempuan sukar difahami kerana nafsu
perempuan yang teramatttlahhh besar ni, sebab tu perempuan ni dikategorikan
complex. Maybe lagi complex dari korang nak faham pasal DNA & RNA . Peluh
sekejap sebab taip panjang sangat~ FUHH
fashion mengikut peredaran semasa |
Perempuan sangat cepat terpengaruh. Seriously. Nak-nak bab fashion. For example, keluar trend varsity punya sweater trend. Bukan kata esok lusa, silap-silap hari ni jugak dia pi start kereta, pi Mall tengok ada ke tak varsity sweater tu nak make sure dia sentiasa ikut trend. Beberapa bulan lepas tu, orang dah tak pakai dah varsity sweater tu, terus dia campak dalam stor sebab dah tak trend katanya. Keluar lah pulak trend Peplum. Terus tulis wishlist dia dalam bulan ni Peplum 2 pasang. Tak kira jugak walau terpaksa berebut dengan Kak Ton.. tetap jugak nak beli Peplum yang baru sampai dari kilang supaya tak ada orang yang ada baju tu. Kerana baju bermusim inilah.. ada yang membazir.. habis je musim peplum and varsity tu mereka simpan baju dalam stor . Malu katanya nak pakai baju tak ikut trend. Suka Hati Kaulah Bedah, Kiah, asal kau bahagia.
Perempuan
ni unstable.
Pendirian tak pernahnya nak tetap! Macam jongkang-jongket
perumpamaanya, kejap kat atas kejap kat bawah. Mana satu dia nak duduk pun kita
tak sure. Hari ni kata nak dating kat Starbucks, esok nak kat Kenny Rodgers
pulak sebab dapat voucher RM10 . Si lelaki pun layan jelah walau malas nak
layan . Kalau tak diikutkan nanti marah + merajuk lagi PARAH! Inilah specialnya
perempuan kerana mereka ni tak stabil setiap bulan.. kejap marah kejap ok balik
dan saya yakin anda kaum ADAM memahami sangat! Ini semua fenomena uncontrollable hormone
yang menyerangi wanita setiap bulan!
Kadang-kadang
tertanya kat dalam diri yang serba innocent ni “Apa Yang Kau Nak Sebenarnya
Labu?” ayat cerita PRamlee. Bosan jugak bila kita asyik comparing with others.
Apa yang orang lain ada kita pun mesti wajib ada! Apa yang diorang takda kita
nak ada jugak ! Penat kadangkala.. Puas ke dengan buat benda ikut trend, ikut
orang ni? Faham taka apa yang Miera merepek ni? Faham-fahamlah ye~
Kadangkala
perempuan ni masalah jugak sebab tak boleh tengok orang lebih. Bila tengok
orang beli baju online dari Poplook kita pun dok sibuk depan laptop nak beli
baju online. Padahal before this tak pernah langsung nak minat baju-baju KPOP
ni. Tengok orang beli tudung Aidijuma yang mahal sebab trend tudung bawal,
mereka yang bukan penggemar tudung bawal seperti ialls ni pun dok sibuk nak beli jugak. Bila kita pakai
lotion Bodyshop dia pun nak jugak ! Padahal Ialls beli time 70% sale tapi dia
beli jugak time tak sale. Ini merupakan contoh-contoh masalah yang membelenggu
kaum wanita betul tak? Tak payah tipu I’m a woman. Seriously sometimes Miera
rasa penat melayan kerenah diri sendiri yang penuh dengan 9 nafsu. Sampai kena
nasihat diri ni “This month you dah beli dah baju, next month pulak ya wahai
Amiera awak beli baju lagi” nasib baik diri ni memahami walau jiwa memberontak!
Makeup!
Dulu masa join dengan geng yang girlish keluar mana pun nak pakai makeup bagai.
Eyeshadow, eyeliner, Blusher sampai muka ni cakap “aku tak boleh bernafas ooi!”
. Haha Dinner. Jangan cakaplah Miera buat dinner tu macam nak pergi hotel 5
bintang dengan selendang lilit, high heels dengan makeup padahal tak perlu pun.
Teruklah! Atas perasaan tak nak terlalu Nampak plain macam selalu.
Semakin
menginjak dewasa ni (BAHAHA tak boleh blah!) Miera semakin malas dah nak ikut
trend ke, nak bermakeup ke, even nak pakai high heels ke tempat yang tak
sepatutnya. Miera cuba menjadi diri sendiri. Memakai baju kurung ke kuliah, dan
tudung bawal serta kasut flat . Enough! Even mereka pakai dress Poplook,
bersama Cardigan Fish tail tak apalah.. Tak bermakna kalau kita tak ikut trend
fashion kita ni tak cute. Cute je Miera! (Menyampah! Muntah baca) Bagi Miera
cukup dah apa yang Miera pakai + my confident level itu dah cukup. Kerana
kecantikan dalaman itu lebih penting dari kecantikan yang FAKE!
The
best solution is just be yourself! Just wear what you have. Bukan
bermakna anda tak payah beli apa-apa. Boleh je beli apa yang anda nak ikut
kehendak. Tapi tak payahlah OVER! Sehingga nak pergi kuliah seperti mahu ke
fashion show. Apa kau hingat ni kelas modeling? Kita ni just orang biasa
bukannya retis ! lainlah kalau anda ni memang bercita-cita nak jadi retis so
teruskanlah. Siapalah saya nak halang. For me Less Is More.
Entahlah
kenapa ya Miera stop perangai buruk ikut fashion semasa tu sebab rasa penat,
rasa membazir, rasa tak ada faedahnya nak buat semua tu lagi. I bukan nak jadi
hijabisters yang nak masuk magazines, I ni hanayalah orang biasa yang
biasa-biasa sahaja. Memakai pakaian kalau setakat nak impressed mata-mata
lelaki tu baiklah anda-anda semua lupakan. Dosa pun anda yang dapat . BUT kalau
benda tu ada benefitnya untuk korang teruskanlah. TETAPI kalau anda berfashion,
bermakeup hanya nak Nampak lebih dari kawan anda lupakan jelah niat busuk anda
tu. Sebab benda macam ni tak sihat. Anda berlumba-lumba untuk benda yang tak
ada faedahnya. Saya tahu perempuan ni kuat cemburunya . tak boleh orang lain
lebih! Tulah factnya. Betul tak?
“You
Just Pretty Just The Way You Are” Kuatkan iman, Kurangkan nafsu, Tambah
confident level, Elokkan budi bahasa dan pekerti anda. OK! Anda Cun! Even anda
just pakai baju starbucks cardigan biru, dengan sandal Crocodile bewarna merah
tanpa make up yang over calit itu dah ok dah. Dah rasa diri cantik tu jangan
hidung tinggi dan meriak pulak. Ada jugak yang kena simbah pakai baldi sebab
over! Bila kita jadi diri sendiri dan tak terikut- ikut orang lain duit kita
selamat, kita tak susah hati and nafsu kita Berjaya dikawal. Cuba anda
praktikkan before Ramadhan ni sebagai praktis untuk anda tak berbelanja
lebih-lebih di bazaar Ramadhan!
p/s : Thanx all for reading my entry!
Ukur baju di badan sendiri bukan badan
orang lain. Berbelanja ikut kemampuan kita. Bermakeup jangan over! Ini juga
peringatan buat diri sendiri yang masih belajar erti hidup yang sebenar. Miera
pernah buat silap teriikut-ikut orang. BUT I learned from my mistakes. Janji
tak ulang lagi. Apa yang teramat penting BE YOURSELF GIRLS!
No comments:
Post a Comment