Semua orang mesti pernah dengar orang cakap “eh aku nak
berubah kearah kebaikan lah” miera jamin ualls pernah dengar … berani kerat
jarilah (bahaha, tak berani pun , gurau sajohh). Yes, in fact semua orang ingin
berubah, I mean changing from bad to good. Sebab memang fitrah kita seorang
manusia sukakan kesucian dan kebaikan, kerana asal usul kita pun dari syurga ,
tempat paling suci. Sama ada rakan terdekat yang ingin berubah mahupun diri ini
sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman memuhasabah diri.
Miera rasa kita semua perlu sedar yang kita semua ni memang
dalam fasa perubahan pun
“Oh ya? Seriously, ialls tak sedar”
Dunia ini berubah menentang fitrah kita. Ya, ini semua yang
kita semua sedia maklum yang dunia kini sedang berubah. Jenayah makin
berleluasa, maksiat juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi
asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.
Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini
bukanlah di lorong ‘one way’. Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan
untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa belum bersedia dan merasa kerdil.
Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan
yang dunia sedang lalui.
Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi
kepada mereka yang hidup kerana dunia, hanya terjadi kepada mereka yang takut
hidup terasing.
Hati miera jelas menyatakan “kau bukan di lorong yang benar
Miera”. Miera juga pernah merasai apa yang berlaku di atas. Hidup terlalu untuk
dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata hanya Islam di
atas kad pengenalan sahaja ( babe, serious tak hot kot pakai baju labuh macam
ustazah. Makcik gila kau). In fact hidup Miera memang rasa enjoy tetapi seakan
ada yang kosong. Tapi kenapa ya boleh jadi macam tu???? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti
takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang,
percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang
menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.
Miera ulang sekali lagi ayat Miera di atas,
Miera rasa kita semua perlu sedar yang kita semua ni memang
dalam fasa perubahan pun
Persoalannya,
"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau
kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"
Ada je yang bertanya “macam mana nak dapat kekuatan untuk
menjadi lebih baik?” Jawapannya: Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana
Dia lah sumber kekuatan kita. Senang sahaja, sentiasalah mencari Allah di dalam
hidup kita ni. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana
berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati,
kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.?
p/s: Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam
mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang
bersama Islam ketika ianya asing”.
[HR Muslim]
Miera
kadangkala tersasar di jalan perubahan. Ya kerana fitrah kita juga seorang
manusia kadangkala lalai. Namun, di dalam perubahan Miera tidak mengaplikasikan
perubahan yang drastik. Biarlah ianya kelihatan lambat namun ia kekal
berpanjangan.
THE END
No comments:
Post a Comment