Eh miera kenapalah kau ni menakutkan
orang tetiba je ni? Kenapa? Apakah entry yang kau cuba nak sampaikan ni!
Suspend sungguh! Entry hari ni khas untuk wanita ya… kenapa wanita kat Malaysia
ni perlu takut @ gentar @ cuak
Aceceh bila anda kaum wanita ni rasa
takut takdalah ualls ni feels Miss Independent Of The World. Bila anda semua ni
rasa takut mesti kemana-mana anda nak berteman. Takdalah anda berlagak semuanya
anda tahu lakukan seorang diri, kononnya terror. Kalau anda rasa takut seorang
diri, itu perasaan yang normal.
Bila ada perasaan takut keluar
bersendirian pasti otak kita sentiasa memikirkan risiko pasal penculikan dan
rogol. Bila kita takut kita akan jadi aware terhadap surrounding kita.
Paranoid le tu. Dan perasaan takut yang menemani anda tu buat anda alert
sehingga sebelum keluar dari pasaraya, masuk kereta, lintas jalan anda akan
pergi usha-usha keadaan sekeliling.
Takut à gelabah
Takut dan terus jadi gelabah. Bila
menggelabah datang, bila ada yang menyentuh kita terus inspontaneous reaction
kita pada waktu tu menjerit memekik meminta tolong. Miera ada baca kajian yang dilakukan Must Read dimana perogol atau
penculik tidak menyukai perempuan yang membuat bising.
Bagi mereka untuk mendapatkan perempuan seperti ini akan mengambil
banyak masa. So, mereka mencari perempuan yang EASY TARGET. So, Jadilah perempuan yang bising dan bukan easy target!
Bila kita Nampak orang naik motor dari belakang and on that time
kita bawak handbag, apa kata kepit kuat-kuat handbag yang kita bawak tu.
Sometimes, kita perlu bersangka buruk
kepada semua orang. Dan bila anda Nampak orang berkeliaran kat parking
kereta anda, apa kata anda masuk ke dalam mall and dapatkan sesiapa untuk
menemani anda ke tempat letak kereta. Mungkin ini membantu. *even Nampak pelik
Selepas solat amalkanlah membaca ayat kursi. Ingat! Sentiasa BERSEDIA. Sebelum kita pergi ke tempat
parking kereta , make sure kunci kereta tu dah ada dalam genggaman tangan bukan
dah kat depan kereta baru nak korek-korek bag anda tu. Dan, sebelum memulakan
perjalanan lock kereta anda. Miera sentiasa bawak benda tajam dalam beg. Maybe
anda pun boleh praktikkan benda ni untuk keselamatan. (pisau lipat ke, jarum,
gunting, brooch pun membantu)
Lebih baik malu seminit . Eh? Apa punya tips lah ni. Means
kalau anda terasa ada orang yang mencurigakan mengekori anda, terus je lari
pecut ala-ala olimpik tu. Walaupun anda dilihat pelik.. takpa asalkan selamat.
Sentiasa inform ke mana anda nak pergi. Call mak, ayah, suami before keluar rumah. So, kalau apa yang
terjadi senanglah diorang ada info.
p/s: Finally, Jom kita belajar silat
gayung! And marilah kita kaum wanita mempunyai perasaan takut walau dimana kita
berada.
hi, singgah sini dan thanks for following me.
ReplyDelete