Assalamualaikum and hi =)
Rasanya semua tahu dah Miera dah lama dah tak cakap pasal kisah cinta Islamik .
So, meandangkan Miera busy yang teramat ni , so Miera cuba jugak untuk menaip something at least adalah mesej yang
Miera boleh sampaikan… So lets cekidaut!
Jodoh Itu Rahsia Allah
Cintailah mereka yang
sewajarnya.. Sekiranya Allah tidak menulis kita bersama orang yang kita cintai,
kita tetap akan tidak bersama dengannya walau pelbagai cara sekali pun kita
lakukan.. terkadang yang kita nilai baik belum tentu baik untuk Allah, kerana orang
yang kita cintai tu belum pasti jodoh kita nanti…
Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet dalam memilih yang Solehah,
tetapi berusahalah menjadi yang soleh.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan
agenda mencari si Soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.
Bertemu yang solehah, solehahnya belum
tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.
Kerana si soleh dan si solehah itu insan biasa.
Tetapi cubalah kita merubah menjadi yang terbaik.
Tiada yang kebetulan
melainkan semuanya telah dirancang dengan sebaiknya, Jika Allah menulis jodoh
kita tidak bersama, kita tetap tidak akan bersama.. Dan sebaik-baik perancang
itu adalah Allah S.W.T. yang Maha Perancang segalanya.
p/s: Bersamalah kita memperbaiki diri kita dan mintalah hanya pada
Allah. Dia Maha Mengetahui , sedangkan kita tidak bukan? =D
betullah tu xyah risau tiba masanya jodoh pasti tiba...samaada cepat atau lambat saja
ReplyDeletehttp://karyaku-paridahishak.blogspot.com/
kan kak paridah tiba masanya pasti jodoh tu akan tiba tak perlu mencari yang terbaik tetapi berusahalah 'menjadi' yang terbaik. Jodoh tu kan rahsia Allah =)
DeleteJodoh itu sgt unik
ReplyDelete