Thursday, November 21, 2013

Dan Hati ini Diketuk

tidak tahu meluahnya di mana di Facebook kurang sesuai ku rasa. di Twitter apatah lagi. Dear Blog tempat curahan cinta Islamik aku, hati ini seakan bergetar apabila melihat seorang insan yang sudah 2 semester lamanya ku kenali. Mungkin diri ini sahaja yang mengenali nya. Debaran hati yang luar biasa yang tidak pernah ku rasakan dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

Terdetik ‘adakah dia untuk aku?’

Mungkin

Dan sering diri ini berdoa meminta sekiranya dia ini untuk aku dekatkanlah hatiku dengan hatinya dan sekiranya bukan tetapkanlah hati ini dengan ketentuan Mu Ya Allah.
Ingin memelihara hanya buat yang halal

Tetapi jelas aku ini manusia biasa yang fitrah nya merasakan cinta

Tapi adakah itu cinta? Atau adakah itu hanya gangguan perasaan semata

Namun getar itu sungguh luar biasa

Seakan ada daya magnetik pada dirinya

Karisma yang dia punya cukup membuat diri ini terkadang tersasar dari jalan yang ku pilih

Namun tidak sekali diri ini memilih untuk tidak berpegang pada pendirian ku

Kerana aku ingin menjadi mawar berduri

Tempat singgah sang lebah yang benar untuk diri ini

Di sebuah taman larangan yang terpelihara rapi

Kerana cinta itu aku sedar memang fitrah

Jika benar firasat ini

Dan sekiranya benar dia untuk ku

Hanya masa bakal menentukan segalanya

Kerana jodoh itu rahsia dalam rahsia

Yang Allah sahaja mengetahuinya

Mungkin sudah sampai detik dan ketika untuk diri ini merasakan getar cinta

Tetapi diri ini lebih memilih cinta berlandaskan syarak

Kerana bakal imamku yang sudah ditulis namanya semenjak Luh Mahfudz sahaja layak menerima sekeping hati ini.

Kerana diri ini wanita yang mahal

Bukan murahan boleh diguna pakai

Bukan cubaan untuk lelaki melafazkan kata cinta

Bukan second hand untuk diterima

Bukan mega sale untuk dibeli

Hanya yang halal layak memiliki.

Hanya yang menghormati kedua orang tuaku pilihanku

Hanya yang menjaga agama dambaan ku

Hanya istimewa buat yang tertulis untukku.

Kerana aku mawar berduri di taman larangan

Hanya bisa dilihat bukan untuk disentuh

Apatah lagi dimiliki hati tanpa sebuah ikatan suci


 

 

p/s: miera harap readers memahami apa yang Miera rasa. Satu getaran hati yang pelik yang pertama kalinya diri ini rasa. Anda pernah tak rasa macam tu ? apa petanda ni?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...