Baik belajar betul-betul untuk
kegunaan masa depan. Bukan semata-mata exams! Miera selalu merasakan kita perlu
study untuk kehidupan selepas university, that’s why kita kena belajar
betul-betul sekarang. Kalau kita belajar hanya untuk exam dan bila keluar dewan
exam ilmu pun keluar berjemaah dari otak kita diangkat ke langit, nanti bila
kita bekerja, nak gunakan knowledge tu semula, takkan lah nak bukak semula buku
teks yang menebal tu? Off course tak nakkan!
Memang kalau kita nak peluang
yang cerah kat luar sana kita kena jaga result exam kita. But, tak semestinya
kalau result exam kita teruk, kita ni bodoh (miera yakin yang anda ni hebat bab
praktikal) dan yakinlah bahawa rezeki anda berada dimana-mana. Bukan semua
orang yang score exam tu dia genius, sometimes diorang ni hebat menelan
sebijik-sebijik ayat reference book tu. Ingat! Result exam bukanlah pengukur
berapa besarnya gaji awak nanti, it more to opportunity-creator.
Bagi yang mengenali Miera, mereka
akan tahu yang miera mempunyai allergic makan ayam. So, miera akan makan ikan
lah as sumber protein. Ikan ni kaya dengan omega yang baik untuk otak. Miera
tak tahulah sejauh mana kesahihan yang ikan ni baik untuk menguatkan memori,
tetapi di sebabkan Miera ni malas nak kaji dengan lebih dalam Miera terima
sajalah fact tu.
Otak kita senang terpengaruh
dengan apa yang kita fikirkan, and mungkin otak miera ni dah diprogramkan yang
dia akan kuat dengan omega bila miera makan ikan. Tiba-tiba terdengar lagu
Ini semua psikologi otak, dan
bila Miera makan banyak-banyak ikan, then suddenly pop out cloud atas kepala
yang mengatakan
OTAK KAU KUAT
DENGAN OMEGA SO KAU AKAN TERIMA ILMU DENGAN MUDAH MIERA
Jika kita fikirkan begitu.. maka
begitulah jadinya.
Purata dalam seminggu 7 hari
lunch mesti 5 atau 6 hari Miera akan makan ikan. Disebabkan ayam selalu membuat
Miera allergic so, no choice lah kan. Dan cuba lah kira selama satu semester
Miera belajar, menu Miera dipenuhi dengan ikan. Tapi sungguh pelik lagi
memelikkan ada orang yang benci benar makan ikan! Jadi bagaimanakah orang yang
macam ini?
Ada je alternative lain. Tak semestinya anda kena makan lauk ikan
setiap hari. Makan apa yang berasaskan ikan pun ok! For example, otak-otak,
Fillet ikan, satay ikan bulat-bulat yang normally orang beli kat Pangkor tu,
Fish & Chips, sushi, keropok lekor, keropok ikan, Laksa Johor , Laksa
Penang. Yeah sebenarnya Miera suka makan semua makanan.. dan menu-menu yang
diatas inilah menu yang miera akan makan bila dah bosan dengan lauk ikan..
Selamat mencuba =)
Apa yang Miera cakap ni sekadar
perkongsian, Miera pun tak tahu exam semester ni boleh ke tak Miera score..
cuak! Yang penting anda mendapat tidur yang cukup bukan berlebihan. Minta
banyak-banyak padaNya tanpa henti. Miera doakan kejayaan kita semua. Makan
makanan yang sihat.
“Ya Allah ya
Tuhanku , kau bantulah aku dan rakan-rakanku menghadapi cabaran peperiksaan
dengan baik. Kau bantulah kami menerima ilmu dan mempraktikkan ilmu itu dengan
cemerlang. Kau tajamkanlah akal fikiran kami, kuatkanlah daya ingatan kami,
bimbinglah kami untuk lebih focus, terangkanlah hati kami dan jauhkanlah kami
dari kemalasan dan kelalaian. Kau jadikanlah kami manusia yang berguna kepada
keluarga dan masyarakat kami. Amin amin ya rabbal al lamin sesungguhnya kaulah
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
p/s: anda mampu mengubahnya. Sedar diri
sedar diri sekarang *tampor muka sendiri* Miera baik kau off laptop kau tu
sekarang! I know I know mereka yang dah sedar diri tu sedang mengejek diriku
yang tak sedar diri ini.. foine~
No comments:
Post a Comment