Monday, December 9, 2013

Cinta Hanya Kerana Allah

 
Hi Assalamualaikum berbicara tentang cinta Islamik so ya lama dah Miera tak bercerita tentang cinta Islamik =) I will busy for a week so will not update ya after this! Cekidaut apa yang Miera nak cakap dengan korang semua
Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

 Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Ingatlah! Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati.

Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli.  Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Jika anda betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi.

p/s: Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia. =)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...