Saturday, December 28, 2013

TOP 3 benda yang paling penting setiap wanita perlu ada dalam handbag mereka!

 
Kalau anda selongkar beg Miera pasti anda akan cakap Miera ni seorang yang on the go and tak teratur. Actually, kalau nak tahu personality seorang perempuan cuba lah selongkar handbag dia. Sometimes, Miera ,merasa dengki dan juga hairan. Yalah, hairan sebab kenapa lelaki tidak perlu benda-benda extra sebegini dalam kocek mereka?

 

Apa yang bakal Miera sebutkan ni mungkin sesetengah wanita dah ada pun dalam handbag mereka, dan bagi yang belum ada sila salin ya puan-puan apa yang bakal Miera share ni.

TOP 3 benda yang paling penting setiap wanita perlu ada dalam handbag mereka

1.   Earphone, walaupun anda tidak memiliki mp3 , ipod atau lagu-laguan dalam handphone touchscreen anda. Hanya letakkan wayarnya di dalam handbag dan pasang ke telinga. Earphone ni berguna terutamanya di stesen bas. Berguna untuk menghalang dari orang yang duduk di sebelah untuk bercakap dengan anda. ~KEBERKESANANNYA TERBUKTI!~
 
gilos comels ini earphone! boleh meragut jiwa yang melihatnya! bahaha

2.  Andaikata anda diragut dan tidak sempat untuk mengeluarkan penyembur lada yang anda baru kisar pagi tadi, pasti anda ingin menyampaikan mesej masyarakat kepada peragut tersebut. So anda kena ada Surat untuk peragut.


 

Surat mungkin berbunyi:

“Hei peragut, bayangkan omak ekau yang kena ragut, ekau ni memang sampah masyarakat sodarlah diri ekau tu. Geram tak geram . Kalau ekau sengkek mano pun, Carrefour tu hah tengah cari orang. Hei bedebah, ekau ni mesti spesies malas cari kerja kan! Lebih  efektif kalau surat itu disertakan pantun nasihat dan hadis-hadis.


3.  Barang ni bukan sahaja boleh melindungi anda dari penjenayah, malah kalau anda terlupa nak suruh mamak itu buat kueh tiow goreng extra pedas, semburkan saja pada kueh tiow goreng anda dengan sepenuh jiwa. Penyembur lada buatan sendiri (homemade pepper spray).

Miera ada surat untuk dikarang yang bakal disimpan di dalam handbag Miera ni. Itu sahaja untuk post kali ini. Sehingga bertemu lagi.

 

p/s: Yang benar,
Miera Maembong
Haha saja je nak guna nama yang Asraf dan Sawal bagi bahaaha

4 comments:

  1. assalam miera....tip berguna tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak paridah =) .. tip yang perlu dikongsi untuk semua

      Delete
  2. Kalau letak surat tuk peragut tu dia baca ke?hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah la dia baca. paling terbaik bila dia insof. hahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...