Sunday, February 23, 2014

Saya Tak Nak Kahwin!


Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah

 buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk

lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.

(An Nuur : 26)
sila tersedak ya abe-abe yang belum kahwin tu

Berkahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.

 

Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang – tanpa berkahwin dengan tujuan untuk kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqas :

“Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang – orang Nasrani bertapa – hidup membujang”.

 

p/s: so ni saja pesanan buat mereka yang tak mahu kahwin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...