Saturday, August 24, 2013

Memori Daun Keladi




Seterbangunnya Miera dari mimpi yang lena (the ‘words’seterbangun tu takda dalam kamus pun saja reka!), terus cari phone nak tengok jam pukul berapa. Dengan tersengguk-sengguk menahan mengantuk menunggu Tok Imam mengalunkan azan. See belum subuh lagi. Ok layankan je lah ngantuk ni! Dengan mata yang separa terbuka, dan sekejap tertutup terbuka tu, “AHH, ni semua kerja SYAITONNIRRAJIM tak mau aku solat subuh, sedap je dia letak celak kat mata aku supaya aku tidur” HUH!

 

Apa nak buat supaya aku ni tak tidur dan tak terlepas subuh! OK kalau otak aku bergerak masakan aku boleh dibuai mimpi lena? So, Miera pun bermainlah dengan buaian minda. Nak dijadikan cerita si Cik Amiera tu pun memikirkan apalah yang tadi dia mimpikan dalam mimpi tu. Ok geli dengan ayat sendiri. Tup tup terkeluar muka Daus Zainudin dan Mimah kawan aku. Pikir punya pikir tapi tak kunjung-kunjung tibalah idea, terkeluar pulak muka Fatin Syahira kawan aku. Pehh makin lama makin ramai pulak lah masuk mimpi aku ni ada Umar, Jef, ada emy, ada Acap.
Hah begitulah ceritanya, penat wehh satu perenggan jugak Miera nak cerita macam mana Miera ingat mimpi Miera tu balik. Dari memori yang baik mahupun yang sedih, semua memori tu mengalir (Fuyyoh ayat tak boleh blahh!) bagaikan sungai nil yang tiada hentinya dan umpama air Mountain Dew Dew Dew yang meletop pecah dari botolnya.. (Gittuew!)
1. Time-time sekolah dulu Miera antara budak yang kurang rajinlah. Tapi Miera antara budak yang paling pandai dalam sekolah. Aceceh poyos! Even, tak siap kerja sekolah, bila cikgu suruh volunteer buat kat depan cepat-cepat Miera angkat tangan sebab Miera nak buat soalan yang Miera dah siap je (Biasanya Miera akan buat soalan yang paling susah untuk diselesaikan). Lepas tu cikgu fikir Miera dah siap semua! yelah soalan susah pun Miera boleh siap lagilah soalan yang senang kan.. sungguh pandai strategi budak kecil yang bernama Amirah waktu tu.
Tetapi tetapi Awan Dania tak selalunya terbang tinggi, dan bila dia terbang rendah maksudnya awan-awan tu dah tutup vision pilot untuk terbang tinggi. OK *merapeks! Dan masa tu Miera memegang jawatan Role Model sekolah di mana seorang pelajar yang menjadi rujukan pelajar-pelajar lain , dan juga menjadi pujian cikgu-cikgu. Kan Miera dah kata Awan Dania tak selalu terbang tinggi satu hari cikgu suruh hantar buku sorang demi sorang atas meja cikgu. Setelah dikira ada 3 orang students yang tak siap @ tak bawak buku. Pada waktu tu cikgu memang nak denda budak 3 orang tu kaki Ialls time tu memang dah sejuk je, muka pun dah pucat memang tak boleh nak bohong lagilah! 2 orang budak lelaki yang tak bawak buku dan Miera sorang je perempuan (Otai sangat lah tu~). Cikgu pun datang dekat meja Miera dan Tanya “ Amiera mana buku latihan awak”dengan terketar-ketarnya aku menjawab “ERR saya tak bawak cikgu” “Tapi saya percaya pelajar cemerlang macam awak ni even tak bawak buku pun awak dah siap kan kerja sekolah?” Seperti biasa Ialls sentiasa blurr bab-bab menipu ni. Nak tipu memang boleh aja time tu tapi tak pandai Ualls. “saya tak bawak buku dan saya tak siap cikgu” . Fuhh Lega bila dah cakap hilang rasa ketar kepala lutut. Dan buat pertama kalinya di hadapan pelajar yang lain aku dilempang 3 kali. Lempang wehh dengan cikgu laki pulak time tu! SOBS
2. SERABAI? Aceceh masa mula-mula darjah 1,2,3 tu hanya Tuhan je tahu betapa gelabahnya nak membetulkan tudung bila angin tiup tudung kita. Alangkah tak bestnya bila angin meniup tudung Miera waktu tu langsung takda rupa Izzah dalam cerita ombak rindu ! Ini cerita makan mee bandung di kantin sekolah memang tak boleh lupa lah weii. Tengah makan sedap-sedap tetiba angin sepoi-sepoi bahasa meniup tudung sehingga tudung tu terbang menutup muka dan menampakkan leher Ialls time tu sexy ualls. Dan kerana terlalu menggelabah kononnya nak bangunlah dalam keadaan muka tertutup dengan tudung tu… tetiba terlanggar mee bandung Ialls yang sedap tu, habis tercurah kat tudung Ialls yang putih time tu. Ngek! Kawan-kawan yang makan dengan Miera time tu pun mula-mula muka macam menahan kentut, nak lepas ke taknak lepas ni, at last diorang BURST jugak ketawa diorang ketawakan Miera di atas Mee Bandung yang mencurah diriku. Thanks friends for laughing at ME terharu kita.
3. Alkisah (time darjah 6) selepas PJK Ialls salinlah baju pakai uniform sekolah semula, ok dah siap salin, time tu Ialls role model sekolah kena pakai baju kemeja purple & skirt di sponsor oleh sekolah special sangat Ualls role model pakai baju lain dari yang lain. Lepas kelas PJK tu subjek BI . and my teacher panggillah tulis essay kat blackboard time tu. Then tiba-tiba je satu kelas gelak berdekah “ oii Miera cantik kemeja dengan skirt kau hari ni” Hamboi gatal benau budak kelas aku ni tengok skirt dengan baju aku. Nak dijadikan cerita skirt yang Miera pakai tadi tak di zip dan baju kemejanya terkeluar macam ada ekor pulak lah! OK! SUMPAH MALU WEHHHH! Rasa kalau ada kotak time tu nak je tutup muka Miera kat depan tu~
p/s: ini lah memori Miera time sekolah rendah. Hehe. ANDA?

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...