Monday, September 2, 2013

Women! WATCH OUT!!!!

 
Eh miera kenapalah kau ni menakutkan orang tetiba je ni? Kenapa? Apakah entry yang kau cuba nak sampaikan ni! Suspend sungguh! Entry hari ni khas untuk wanita ya… kenapa wanita kat Malaysia ni perlu takut @ gentar @ cuak

Aceceh bila anda kaum wanita ni rasa takut takdalah ualls ni feels Miss Independent Of The World. Bila anda semua ni rasa takut mesti kemana-mana anda nak berteman. Takdalah anda berlagak semuanya anda tahu lakukan seorang diri, kononnya terror. Kalau anda rasa takut seorang diri, itu perasaan yang normal.

Bila ada perasaan takut keluar bersendirian pasti otak kita sentiasa memikirkan risiko pasal penculikan dan rogol. Bila kita takut kita akan jadi aware terhadap surrounding kita. Paranoid le tu. Dan perasaan takut yang menemani anda tu buat anda alert sehingga sebelum keluar dari pasaraya, masuk kereta, lintas jalan anda akan pergi usha-usha keadaan sekeliling.

Takut à gelabah

Takut dan terus jadi gelabah. Bila menggelabah datang, bila ada yang menyentuh kita terus inspontaneous reaction kita pada waktu tu menjerit memekik meminta tolong. Miera ada baca kajian yang dilakukan Must Read dimana perogol atau penculik tidak menyukai perempuan yang membuat bising.


Bagi mereka untuk mendapatkan perempuan seperti ini akan mengambil banyak masa. So, mereka mencari perempuan yang EASY TARGET. So, Jadilah perempuan yang bising dan bukan easy target!

Bila kita Nampak orang naik motor dari belakang and on that time kita bawak handbag, apa kata kepit kuat-kuat handbag yang kita bawak tu. Sometimes, kita perlu bersangka buruk kepada semua orang. Dan bila anda Nampak orang berkeliaran kat parking kereta anda, apa kata anda masuk ke dalam mall and dapatkan sesiapa untuk menemani anda ke tempat letak kereta. Mungkin ini membantu. *even Nampak pelik

Selepas solat amalkanlah membaca ayat kursi. Ingat! Sentiasa BERSEDIA. Sebelum kita pergi ke tempat parking kereta , make sure kunci kereta tu dah ada dalam genggaman tangan bukan dah kat depan kereta baru nak korek-korek bag anda tu. Dan, sebelum memulakan perjalanan lock kereta anda. Miera sentiasa bawak benda tajam dalam beg. Maybe anda pun boleh praktikkan benda ni untuk keselamatan. (pisau lipat ke, jarum, gunting, brooch pun membantu)

Lebih baik malu seminit   . Eh? Apa punya tips lah ni. Means kalau anda terasa ada orang yang mencurigakan mengekori anda, terus je lari pecut ala-ala olimpik tu. Walaupun anda dilihat pelik.. takpa asalkan selamat.

Sentiasa inform ke mana anda nak pergi. Call mak, ayah, suami before keluar rumah. So, kalau apa yang terjadi senanglah diorang ada info.

p/s: Finally, Jom kita belajar silat gayung! And marilah kita kaum wanita mempunyai perasaan takut walau dimana kita berada.

1 comment:

  1. hi, singgah sini dan thanks for following me.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...