Saturday, April 13, 2013

couple itu apa? Taaruf itu apa? saya mahu yang taaruf!




 

Assalamualaikum readers . Berbalik soal cinta Islamik yang aku dambakan.. cewahh.. sebagaimana yang umum ketahui * bajet retiss* miera mahukan sebuah perkahwinan yang penuh barakah ..MEANS? bermulanya dengan taaruf berakhirnya dengan ijab dan qabul bukanlah couple .. wah macam ayat-ayat cinta kau Senah~

Dimana letak perbezaan antara couple dan taaruf.. Ada beza ke? humm HARUS ada ..

Disinilah letaknya perbezaan antara couple dengan taaruf. Couple ni adalah berpasangan before kita kahwin.. jalan sama-sama berdua-dua melayari ombak rindu (miera kau dah kenapa angin ombak rindu bagai) Masing-masing nak tunjuk hebatlah kiranya time ni.. PERFECTOSS! bedak gincu perfume time ni 1kg.. baju cantik kasut cantik.. kereta pun cantik.BUT! ianya berbeza dengan bahtera perkahwinan . CHOP! (jangan tanya miera.. sebab miera tak kahwenn lagi okeh) lepas kahwin barulah awak nampak belang cap kuda belang pasangan masing-masing.HAH KANTOI! sapa suruh cover2 . Sejak awal lagi Islam menyarankan ta'aruf dalam berkenal-kenalan untuk kita meneruskan hajat bernikah.

Ta`aruf adalah sesuatu yang syar`ie dan memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin menikah. Perbezaan hakiki antara couple dengan ta’aruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Tujuan couple lebih kepada kenikmatan sesaat. Sedang ta’aruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan yang bakal dinikahi.
 
hamboi ni yang tak suka ni kecik-kecik bercintun..
 
 
 

 
So kalu tak couple kita kenal ke dengan pasangan kita tu?
 
“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”
ok miera nak bagi satu sifir:
kalau seorang lelaki seorang perempuan berdua-duaan tanpa mahram siapa yang ketiga? ok dapat jawapan pm hakak miera ok!
 
Selama ini kita menganggap bahawa couple adalah cara untuk melakukan pendekatan untuk mengenal lebih dekat. Namun kenyataannya tujuan itu jarang yang tercapai. Mula-mula memang lah nak kenal-kenal dekat-dekat..hahhh jangan tanya kenapa... bila ada something wrong happen..bukan kerja iolss tapi kerja yang ketiga menghasut kamu berdua melakukan kemungkaran.
 

 
p/s: jagalah hati demi mahligai yang suci.. sekiranya kau izinkan aku memelihara keteguhan pendirianku.. kau teguhkanlah hatiku menanti hanya yang halal buatku. akan ku katakan pada bakal  suamiku bahawa "kau lah yang pertama buatku" doakan Miera =) I hope I hope.. see you next time readers..miera pun doakan awak semua menjaga cinta yang suci wahh siapakah orangnya .. saya tak tahu.. tapi saya tahu Allah dah tulis nama kita di atas sana sejak dulu .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...