Monday, May 6, 2013

Al-Kisah Sebiji Tembikai.





Assalamualaikum readers yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera bagi yang bukan. Tajuk kat atas tu Al-kisah sebiji tembikai.. Apa yang miera nak membebel kepada anda semua hari ni ialah mengenai kisah kita seharusnya menerima takdir yang telah ditentukan Allah. Al kisah......

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya :
 
"kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?"
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya :
 
"ada pun penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sentiasa mengharpkan hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu itu kau tujukan kepada pencipta buah tembikai itu. Maka bertaqwalah kau kepada Allah dan redhalah dengan setiap ketentuanNya."
 
 
maka menangislah isteri Syaqiq. Maka bertaubatlah dia dan redha dengan apa yang telah ditentukan Allah SWT. So, apa yang awak-awak ni faham pasal cerita yang miera tulis ni ceciter sikit
 
Allah tidak pernah menzalimi kita tapi yang menzalimi manusia itu adalah manusia kerana sifat tiak bersyukur dengan pemberian Allah SWT.
 
Kita hanya tahu mencaci satu keburukan tanpa pernah bersyukur apa yang Allah berikan kepada kita...Kita menyalahkan Allah tanpa kita sedari.. Jadilah manusia yang bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan bukan menjadi seseorang yang hanya tahu mencari keburukan tanpa kita sedar setiap kebaikan seseorang itu yang lebih banyak adalah keburukan..
 
 
p/s: Janganlah kita menjadi manusia yang menzalimi orang lain dengan hanya memikirkan keburukan orang itu, tetapi jadilah manusia yang sentiasa bersyukur dengan kebaikan yang diberikan. Sesungguhnya Allah SWT pasti membalas mereka yang menzalimi orang lain dan orang yang tidak bersyukur atas nikmat yang diberi. thanx for reading. xoxo.
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...