
Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa berusia 20 tahun turut ditetak bertalu-talu oleh 20 lelaki hingga bermandi darah berhampiran padang futsal Bandar Baru Putra, Tanjung Rambutan, di sini.
 Lebih  malang apabila adik mangsa berusia 18 tahun turut diserang kumpulan  samseng hingga retak tulang kaki dan hampir putus tangan kanannya.
Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga penuntut jurusan komputer bermain futsal bersama adiknya di padang futsal berhampiran rumah mereka.
 Menurutnya, berlaku salah faham  kecil antara mangsa dengan seorang rakannya, dipercayai ada kaitan  dengan kekasaran ketika perlawanan diadakan.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Setia, 18, berkata, seorang penyerang menetak kaki kirinya hingga menyebabkan tulang kakinya retak, selain lengan tangannya parah.
 “Saya dan abang yang berlumuran darah kemudian dibawa dengan ambulans ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
  Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis  Kontinjen Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya segera  menubuhkan pasukan khas bagi memburu kumpulan penjenayah sejurus  menerima laporan berhubung kes serangan itu.
 Menurutnya, hasil tindakan pantas dilakukan, polis menangkap lima lelaki di kawasan itu yang dipercayai melakukan serangan.
p/s: tak pasal-pasal kerana futsal sehari, meringkuk bertahun kat jeriji besi!!
 
 

No comments:
Post a Comment