Friday, December 7, 2012

Cara anda berjalan melambangkan watak anda!


Assalamualaikum readers ,tahukah anda bahawa perwatakan atau sifat wanita juga boleh diketahui melalui cara seseorang itu berjalan. Mungkin ada benarnya juga tips yang diberikan kat bawah ni sebagai panduan bersama. Seperti biasa blog miera akan memberikan 3 input mengenai cara berjalan yang melambangkan watak anda:


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan
3. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
p/s: ada tak ciri-ciri anda berjalan.. kalau tak ada maaflah miera menyediakan top 3 biasanya..Miera suka yang no. 2 tu.. bertuahlah kan siapa yang dapat menawan hati wanita no. 2 tu .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...