Friday, March 22, 2013

Sosma dan tahanan kesultanan Sulu

 
 
Sebentar tadi ditelivisyen   Pihak Berkuasa Polis memberi makluman akan menahan semua orang yang bersubahat dan terlibat dengan pencerobohan kedaulatan Negara Malaysia.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.



"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah Sosma," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna pada Sabtu, beliau berkata, individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.


Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - BERNAMA
 
p/s: bersamalah kita doakan keselamatan negara kita ..amin
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...