Saturday, March 5, 2011

anak tanpa bapa MANA SILAPNYA???


Assalamualaikum hadirin hadhirat..jika yang lepas 2 pos amal version inggeris telah Amira keluarkan..pda pos kali ini saya ingin menyentuh satu isu di mana ianya dekat dengan kita..mungkin jiran anda..anak anda ataupun mungkin anda menghadapinya..tetapi di sini kita seharusnya membuang persepsi negatif mengambil jalan yang positif terhadap isu "ANAK LUAR NIKAH"


dulu mungkin saya sendiri merasa 'jijik ' terhadap remaja yang mengandung luar nikah 'jijik' melihat perut yang dikandung 'jijik ' melihat anak yang dikandung malahan merasa 'jijik' pada perbuatan mereka. ialah kalau tidak dididik sempurna tidak apa. Ini semua disebabkan nafsu semata-mata. Tetapi tiba-tiba saya berfikir sejenak anak yang dikandung tidak bersalah. Tolonglah sidang masyarakat jangan pernah meminggirkan anak yang dilahirkan luar nikah. Mungkin rezeki anda dilahirkan dalam keluarga yang sempurna darah daging yang bersih. Tetapi pernahkah anda memikirkan bahawa anak yang dilahirkan tidak pernah meminta dilahirkan didunia.


Pernahkah anda melihat iklan keselamatan jalan raya dengan ungkapan ini. "Anda mampu mengubahnya,"ia memberi kesedaran dan kefahaman kepada kita banyak masalah yang akan hadir di dalam hidup kita kita mampu mengubahnya.


apa yang berlaku kepada perempuan 'yang terlanjur' mereka mampu mengubahnya bukan? ia terjadi kerana mereka membenarkan ianya terjadi. Jangan pernah menyalahkan takdir dalam soal ini kerana mereka boleh memilih mahu meminum air yang mutlak atau air yang 'mutanajis'! jikalau pilihan anda yang mutlak itu pilihan anda. jikalau yang mutanajis juga itu pilihan anda. Tiada siapa yang paksa !


Letakkan perasaan anda pada kedudukan ayah dan ibu yang menanggung anak hamil luar nikah. Malu bukan. Tapi adakah anda tidak malu menjaja cerita mengenai mereka. mereka yang dijaja cerita lebih mulia dari mereka yang ,mencerita. Sudah menjadi lumrah kaum perempuan menjaja cerita sana sini. Cuba jika terkena batang hidung sendiri anda rasakan! Padan Muka! Hidup umpama roda hri ini anak mereka esok anak kamju. Pernah anda berfikir??? Tolong beri nasihat bukannya umpatan. Kasihan bagi mereka yang menanggung malu. Berikan mereka doa supaya kembali ke jalan Allah. Jauhi zina..Subhanallah..

Kembalilah kepada Allah kepada mereka yang berbuat zina. Anda bukan sahaja bersalah kepada ibu, ayah, malah Allah dan diri kamu sendiri. Bertaubatlah sedaya yang kamu mampu. Usahlah membuang anak yang tak berdosa itu.

Apakah status mereka yang melahirkan anak luar nikah. Sesungguhnya mereka berstatus bukan wanita solehah, kecuali mereka benar-benar bertaubat barulah keadaan akan berubah.

rasulullah bersabda yang bermaksud " jika seseorang telah berkahwin bererti dia telah mencukupi separuh agamanya, maka hendaknya bertaqwa kepada Allah dalam menjaga sisanya yang separuh ".

bagi mereka yang tidak berkahwin dan mempunyai anak maka tidak termasuk dari yang sempurna agamanya. Tidak bertaubat dan tidak mahu menambah ibadah, sekali lagi tidak termasuk dalam separuh yang tinggal. Subhanallah.

Sabda Rasulullah lagi "Dunia ini semuanya sebagai hiburan, dan sebaik-baiknya hiburannya ialah wanita (isteri) yang solehah baik budinya"(RIWAYAT AHMAD & MUSLIM)

selain daripada itu, mohon kesetiaan teman lelaki agar tidak luntur tanggungjawabnya. Dalam hal ini, saya merumuskan sikap kurang matang dalam memilih cinta adalah sebab yang utama, kurang pengetahuan tentang psikologi adalah sebab yang berikutnya serta kurang faham mengenai agama adalah sebab yang ketiga. Jangan sangka orangg yang faham ilmu agama mereka akan terhindar ! Kadangkala terbabas juga.Pintu taubat sentiasa terbuka bagi siapa yang mencarinya.
Anas ra berkata ' aku telah mendengar rasulullah bersabda, "Allah telah berfirman, " Hai anak Adam, selama kmau berdoa dan berharap pada-ku tetap aku ampunkan bagimu semua yang terjadi padamu dan tidak Aku hiraukan berapa banyaknya. Hai Anak Adam, andaikan dosamu telah mencapai langit kemudian minta ampun pada-Ku, Aku ampunkan bagimu. Hai anak Adam andaikan kamu menghadap pada-Ku dengan wadah di bumi penuh dosa tetapi kamu tidak mempersekutukan Akudengan suatu apa pun nescaya Aku isi semua wadah itu dengan pengampunan." (Riwayat At-Tirmidzi)

sama2 lah kita berdoa aga tidak terpesong..n sama2 lah kita berdoa bagi mereka y terlanjur agar tidak mendekati zina..sama2 lah kita berdoa agar anak2 luar nikah diberi nafas baru hidup di bumi ini.. n sama2 lah kita berdoa agar dijauhi dari nafsu y mendekatkan kita dari zina..Aminnn

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...