Friday, May 18, 2012

Gaza memerlukan bantuan perubatan!

assalamualaikum readers =( ni sumber yang BETA dapat terkini mengenai Palestine so harap2 kamu semua membaca and fikir2kanlah

Khamis- Dr Munir al-Barsh, Ketua Pengarah Farmasi di Kementerian Kesihatan berkata pihak berkuasa kesihatan Gaza mengumumkan beberapa rekod ubat-ubatan dan bekalan perubatan telah habis sepenuhnya dan keadaan menjadi semakin buruk akibat kepungan Israel.

Beliau melaporkan 218 bekalan perubatan dan 186 ubat-ubatan telah kehabisan stok seterusnya memberi amaran dari bencana sebenar dalam sektor perubatan terutamanya sektor nurseri dan pembedahan. Barsh menuduh pihak berkuasa PA di Ramallah kerana menyertai kepungan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza dengan tidak menghantar ubat-ubatan dan barangan perubatan ke Gaza.

**************************

p/s : wahai saudara Islamku bersama lah kita ringankan beban mereka. Tak suruh berperang. tak pun suruh kamu menumpahkan darah. Kalau saudara Palestine kita kekurangan ubat-ubatan macam mana mereka nak menegakkan kebenaran agama Islam!

kalau kamu semua nak hulurkan bantuan kat sini ada link nya:

AQSA SYARIF BHD.

551575004299

MAYBANK

atau pun anda boleh visit

AQSASYARIF.COM

segala sumbangan akan diberkati ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...