Monday, June 25, 2012

Bayi Dihurungi Semut Dijumpai Pelajar!


KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak menyangka satu bungkusan surat khabar yang disangkakan sampah berhampiran semak, rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam kejadian dekat Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Bayi seberat 2.25 kilogram (kg) itu ditemui kira-kira jam 7 pagi dalam keadaan masih bertali pusat dan dihurungi semut.


Pelajar terbabit, Mohamad Razie Zaid, 15, berkata, dia menemui bungkusan surat khabar berisi bayi itu ketika dalam perjalanan ke sekolah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Katanya, dia tergerak hati untuk melihat bungkusan surat khabar itu dan terkejut apabila mendapati seorang bayi di dalamnya.


“Saya sangkakan bayi itu sudah mati kerana tidak menangis, tetapi mujurlah dia masih hidup selepas melihat matanya bergerak,” katanya.


Mohamad Razie berkata, dia kemudiannya memanggil seorang jirannya bagi memaklumkan kejadian itu.

“Bayi itu diambil dan diletakkan di rumahnya sementara menunggu polis tiba,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu. Katanya, bayi yang ditemui itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecacatan walaupun terdapat kesan gigitan semut.

“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan lanjut. “Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

p/s: kalau dah tak nak ada anak ekspress tolonglah jangan gatal ikut nafsu! sabar lah sikit.. kan bagus kalau ikut cara halal.. Bila dah TER.. Buat.. tahu malu.. -_- tak faham lah!

Sumber : Metro online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...